Jan 3, 2012
Untung Dengan Ujrah PTPTN
Dec 30, 2011
Saka, Sihir, Jampi dan Pawang
Penampilan Pesakit
Air muka orang yang mewarisi saka atau dihasuti saka agak keruh, menyerabutkan, seram dan muram. Ini sangat berbeza dengan keadaan setelah saka atau jin tidak lagi bertandang dalam jasadnya. Air muka lebih jernih dan senang dipandang.
Bagi individu yang lanjut usia atau telah tua, percakapannya agak sukar difahami. Terutamanya yang berada di peringkat nyanyuk. Berbeza dengan percakapannya setelah ditinggalkan oleh saka, walaupun percakapannya tidak normal, tapi ianya masih mampu difahami dan agak sedikit jelas.
Proses Menghalau Saka, Sihir, Susuk Dan Sebagainya
Semasa proses menghalau sesuatu saka, pesakit akan meraung-raung dengan suara yang sangat kuat dalam pelbagai itonasi dan gaya. Ber'oooo..., ber'aaaa... dan bermacam-macam lagi dengan tangan dan kaki yang mendepa dan terbuka.
Biasanya proses menghalau saka itu memakan masa dua atau tiga jam. Bergantung kepada keadaan saka dan pesakit. Saka juga biasanya sukar untuk berpisah dengan pesakit. proses biasanya dilakukan selepas waktu maghrib atau isyak. Dan sebaiknya saka itu akan keluar dari badan pesakit melalui kaki kiri. Saka sukar untuk keluar kerana dia akan mohon mana-mana keturunan pesakit untuk menerimanya sebagai "rumah" baru. jangan sekali-kali mana-mana keturunan yang sanggup menerima saka itu. kesanggupan akan menyebabkan saka itu bertandang dalam diri keturunan itu pula.
Selain itu, proses menghalau saka ini juga akan melibatkan bantuan orang berdekatan dengan pesakit seperti suami dan anak. Mereka akan diminta membantu dalam proses ini dengan membaca 41 kali ayat qursi selain mengazankan ke telinga pesakit. Pesakit pada ketika ini akan meraung-raung dengan sangat kuat. Jika pesakit adalah seorang isteri, maka redo suami selama hidup bersama akan dipohon.
Saka tidak boleh dimatikan, dibunuh atau dipenjarakan. Juga tidak boleh disimpan dalam botol dan dibuang ke dalam laut. Cukuplah dengan menghalaunya dan tidak mengacau keturunan seterusnya lsgi.
Bomoh dan Pawang
Bomoh atau pawang yang benar adalah yang tidak mengambil upah samada dalam bentuk wang atau lain-lain pemberian. Jika dihulurkan wang pun mereka akan tetap menolak kerana itulah syarat untuk mereka berikhtiar. Namun, ada juga bomoh atau pawang yang menerima bayaran dengan niat pemberian itu adalah merupakan sedekah atau sumbangan ikhlas dari pesakit.Mereka juga menggunakan ruqyah dari ayat-ayat al-quran dengan bacaan tajwid dan susunan ayat al-Quran yang betul.tidak menggunakan apa-apa objek seperti penemuan jarum, tulang, kain kuning dan lain-lain. Baik penampilan dan tutur bicara. Bomoh dan pawang yang sebenar mampu menghalau saka dan tidak membenarkan saka mewarisi kepada keturunan seterusnya dengan izin Allah. Sebaliknya, bomoh dan pawang yang tidak benar hanya mampu menghalau saka buat sementara waktu sahaja. Cukup setelah menerima bayaran dan saka itu akan kembali semula.
Saka, Sihir, Susuk Masakini
Dalam dunia masakini, saka, sihir, susuk masih berlaku. terutamanya dikalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. kerana mereka adalah generasi melayu yang terlibat dengan aktiviti ini pada zaman muda mereka dahulu.mungkin kerana kurang penekanan para ulama dan ustaz pada waktu itu tentang bahaya syirik dan seumpamanya kepada masyarakat. Selain itu, perkara ini juga turut menimpa golongan muda masakini terutama yang mewarisi saka tersebut secara langsung atau tidak langsung.
Masih Ada Yang Ingin Membantu
setakat ini sahaja yang saya boleh kongsikan dengan anda. Apa yang penting, semoga kita dijauhkan dari perbuatan syirik kepada Allah. Jika anda, ibubapa atau datuk anda berhadapan dengan masalah tersebut, anda boleh menghubungi saya. Saya ada kenalan yang pada saya menggunakan perubatan Islami. Niat saya hanya mahu juruskan anda dengan bomoh yang menggunakan cara perubatan Islami dan menjauhkan anda dari terjebak dengan perkara-perkara syirik. Bomoh, doctor, pakar perubatan, adalah istilah yang sama.
MUHAMMAD TORIQ BIN YAACOB
toriq25@gmail.com
toriq_25@hotmail.com
Aug 16, 2011
Besarkah Untung Pelaburan Emas
Jul 30, 2011
antara 4%,3% dan 1% PTPTN
1) 4% kos pentadbiran selama 10 tahun pembayaran balik = RM 31588.80
2) 3% kos pentadbiran selama 15 tahun pembayaran balik = RM 33489.60
3) 1% upah selama 15 tahun pembayaran balik = RM 30900.50
Jul 29, 2011
Ringankan Personal Loan Anda
Membuat pinjaman bank
Bank pilihan saya tentulah yang murah kadar keuntungannya.setakan ini, bank rakyat antara yang termurah.kadarnya ialah 3.30 %. Jadi saya akan membuat pinjaman sebanya RM3500 dan perancang untuk membuat pembiayaan selama 2 tahun. Jadi secara ringkasnya ansuran saya ialah RM 155.46 sebulan selama 24 bulan.
Dengan wang tunai RM3500.selesai impian saya untuk mendapatkan sofa yang baru.Cuma perlu membayar ansuran sebanyak RM 155.46 sebulan selama 24 bulan. Saya tak selesa dengan keadaan ini. Penat nak membayar RM 155.46 sebulan selama 24 bulan.
Pinjam lebih dari yang diperlukan
Jangan terkejut.Saya buat pilihan untuk buat pinjaman dengan bank rakyat sebanyak RM 7 000 dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun. Kadar keuntungan yang dikenakan pula ialah 4.9 %!! Jadi, ansuran bulanan yang perlu dibayar ialah RM87 sebulan selama 120 bulan.
Wang RM 7000 yang diperolehi saya bahagikan kepada dua. RM 3500 untuk membeli sofa.RM3500 untuk membeli emas 20gram bernilai RM 3412 (harga public gold pada 29 julai 2011). Baki RM88 saya simpan.kerana ada kegunaannya di masa hadapan nanti. Kenapa saya memilih untuk membeli emas? Untuk makluman anda setakat ini nilai emas terbukti sentiasa naik. kalau pun turun tidak terlalu besar jumlahnya.
Rekod menunjukkan nilaian emas 20 gram adalah seperti berikut :
Jan 2011 - RM 2968
Feb 2011 - RM 3150
March 2011 - RM 3170
April 2011 - RM3271
Julai 2011 - RM3406
Sumber dari : http://goldadvantage4u.blogspot.com/2011/05/rekod-harga-emas-dan-perak-public-gold.html
Kesimpulan dari data di atas dapat disimpulkan bahawa setiap bulan nilai emas akan meningkat sekitar 15 % dari Jan 2011 hingga Julai 2011. Dimana RM3406-2968=RM438.RM438 ialah peningkatan sebanyak 14.7% dari nilaian emas pada Jan 2011.
Dengan itu, jangkaan nilaian harga emas 20 gram saya selepas 6 bulan ialah sebanyak RM 3924. Pertambahan RM512 atau 15% dari nilaian asal.
Apa yang hendak dilakukan dengan RM3924 ini?saya jual kembali kepada public gold untuk mendapatkan wang tunai. Setelah wang tunai RM3924 sudah berada dalam genggaman. Saya gunakannya untuk membayar kepada bank rakyat yang memberi pinjaman RM7000 kepada saya 6 bulan yang lalu.RM3924 saya genapkan kepada RM4000 dengan baki RM88 terdahulu. Baki RM12 untuk kegunaan harian saya.
Saya telah menghubungi pihak bank rakyat tentang perancangan saya untuk membayar RM4000 selepas 6 bulan. Pegawai berkenaan memberitahu saya, baki pembiayaan saya berbaki sekitar RM2000 untuk tempoh 2 tahun lagi. Ini kerana;
Jumlah ansuran saya selama 6 bulan pertama ialah:
RM87 X 6 bulan = RM522
Manakala baki pembiayaan saya setelah 6 bulan pembiayaan ialah:
RM7000-RM522= RM6478
Seterusnya, baki setelah ditolak early settlement saya berjumlah RM4000 ialah:
RM6478-RM4000= RM2478
Selanjutnya, pegawai berkenaan juga turut menyatakan bahawa setelah ditolak rebet, baki pembiayaan adalah sekitar RM 2000 yang perlu dijelaskan sekitar 2 tahun (RM2000/RM87).
Cuba anda bayangkan dari saya membayar ansuran RM 155.46 sebulan selama 2 tahun dengan membayar RM87 sebulan untuk tempoh yang sama??!!
Manakah yang lebih membebaskan anda dari ansuran???!!
Mar 10, 2011
Selamanya Dalam Hidupku

Di saat ini,
Abang bersyukur pada Allah,
kerana menghadiahkan sayang dalam hidup abang,
Kini,
sayang akan dapati abang sentiasa di sisi,
Dan sentiasa bermesra dengan sayang,
Tiada lagi ruang masa untuk kita berpisah,
Saat ini,tika berdekatan di hati sayang,
abang ingin membisikkan ayat-ayat cinta pada sayang,
Hanya untuk sayang tahu,
Apa yang selama ini tersembunyi di hati abang,
Sayang,
ketahuilah,
Sayang telah membuka pintu hati abang,
Kepada hakikat sebenar cinta,
Hakikat indahnya bercinta,
Sebelum ini,
Abang anggap cinta adalah satu kesalahan,
Namun semuanya telah berubah dengan kehadiran sayang,
Cinta bersama sayang adalah indah, murni dan mulia,
Selama-lamanya dalam hidup abang nanti,
Abang akan sentiasa di sisi sayang,
Menemani sayang dengan kejujuran dan keikhlasan,
Selamanya sehingga akhir hayat abang,
Selamanya juga abang mencintai dan menyayangi sayang,
Selama-lamanya jua,
sepanjang bersilih ganti siang dan malam,
Abang akan terus bersyukur pada Allah,
Kerana telah membuka pandangan abang,
Tentang hakikat indahnya bercinta,
Untuk itu,
Dari kini dan selama-lamanya,
Abang akan sentiasa bersama sayang,
Abang tahu jauh di dasar sukma ini,
Abang merasakan kerahmatan bila abang rindukan sayang,
Lalu abang sentiasa harapkan,
Agar Allah merahmati setiap saat-saat indah,
Dalam hidup yang akan kita lalui bersama nanti,
Sayanglah isteri abang,
Teman hidup abang,
Pemberi semangat buat abang,
Dan abang doakan semoga kita akan sentiasa bersama,
Selamanya…
tanpa penghujung…
dunia hingga akhirat,
Kini,
Abang rasa diri abang sangat kuat,
Lantaran hadirnya sayang di sisi abang,
Oleh itu,
Dengarlah wahai sayangku,
Mutiara-mutiara bicara cinta yang abang ingin luahkan,
Abang yakin,
jauh di perdu hati abang ini,
Abang bahagia,
Dengan kehadiran sayang di sisi,
Bertentangan mata dengan sayang,
Dan tika tangan abang,
menyentuh lembut telapak tangan sayang,
Dengan hati penuh perasaan cinta mendalam,
Dan abang tak pernah ragui,
Dan abang akan laungkan nyanyian senyaring mungkin,
Bahawa abang mencintaimu selama-lamanya,
Dan itulah hakikat yang tersimpan di hati abang selama ini,
Terjemahan dan ubahsuai dari lagu maher zain,”for the rest of my life”
Feb 11, 2011
Pengeluaran KWSP anda akan rugi jika...
Bagaimana? Ikuti pengiraan dan maklumat yang saya perolehi diakunter KWSP beberapa hari lepas…
Setiap bulan,sebaik anda mendapat gaji, KWSP anda akan bertambah.KWSP tersebut datang dari dua sumber.pertama Syer Majikan dan yang kedua Syer Pekerja. Dari jumlah keseluruhan itu,
Majikan mencarum sebanyak 60 % dan perkerja mencarum 30%.
Sebagai contoh :
Jumlah keseluruhan caruman akaun KWSP encik Azreen pada bulan Jun 2011 ialah:
RM 1000. ini bermakna, RM 600 datangnya dari Majikan dan RM400 adalah dari gajinya sendiri.
INGAT!!!
Syer majikan = 60 %
Syer Pekerja = 40 %
Seterusnya, ke akaun mana jumlah tersebut disalurkan dan berapa jumlah bagi setiap akaun?
Dari jumlah RM 1000 tadi, RM 700 dimasukkan ke dalam akaun 1 dan bakinya ke dalam akaun 2. ini bermakna 70% di salurkan ke dalam akaun 1 dan 30% dalam akaun 2.
INGAT!!!
Akaun 1 = 70%
Akaun 2 = 30%
Apa pula fungsi akaun 1 dan akaun 2?
Menurut website KWSP menyatakan Akaun 1 bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan pelaburan anda sahaja, dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum anda mencecah usia 55 tahun, hilang upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia.
Akaun 2 pula, Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk membantu anda membuat persediaan bagi persaraan yang selesa. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:
• mencecah umur 50 tahun;
• pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama;
• penyelesaian baki pinjaman perumahan - rumah pertama;
• pembiayaan pendidikan anda dan anak-anak anda;
• menampung kos perubatan bagi anda dan anak-anak anda
dan perlu diingatkan juga. Bagi mereka yang akan mengambil skim pencen, mereka boleh mengeluarkan(menutup akaun) wang KWSP mereka dengan 45% dari jumlah keseluruhan Tabungan (jumlah akaun 1 dan akaun 2). Manakala bakinya akan diserahkan kepada majikan.
INGAT!!!
Pekerja = 45%
Majikan = 55%
katakan setelah 2 tahun bekerja, barapakah jumlah caruman anda dalam KWSP anda?berapakah pula jumlah caruman dari majikan anda?
Mari kita lihat berdasarkan contoh KWSP encik Azreen tadi.
Jumlah sumbangan encik azreen ialah:
RM400 X 2 X 12 = RM9 600
Jumlah sumbangan majikan:
RM600 X 2 X 12 = RM 14 400
Jumlah keseluruhan caruman
RM9 600 + RM 14 400 = RM 24 000
Berapa pula jumlah dalam akaun 1 dan akaun 2 ?
Akaun 1:
RM24 000 X 70 % = RM 16 800
Akaun 2 :
RM24 000 X 30 % = RM 7 200
Berapa jumlah KWSP yang encik Azreen perolehi jika dia ingat mengeluarkan kesemua KWSP miliknya kerana dia memilih skim berpencen?
RM 24 000 X 45% = RM 10 800
Kesimpulan…
Jika encik azreen mengeluarkan KWSPnya kerana ingin membuat bayaran pendidikan seperti bayaran PTPTN sebagai contohnya, maka dia boleh mengeluarkan KWSP dari akaun 2 yang berjumlah RM 7 200. sedangkan dalam tempoh yang sama dia telah mencarum sebanyak RM 9 600. sebaiknya, dia bersabar sedikit sahaja lagi dengan mengeluarkan kesemua KWSPnya (dengan menutup akaun KWSP) kerana memilih skim pencen. Maka pada ketika itu, dia akan memperolehi RM 10 800 sedangkan dia jumlah caruman sumbangan peribadinya berjumlah RM 9 600.
Ringkasnya:
Jumlah caruman peribadi : RM 9 600
Jumlah pengeluaran untuk tujuan seperti pendidikan : RM 7200
Jumlah pengeluaran kerana memilih skim berpencen : RM 10 800
Jan 31, 2011
Siapa Menang Di Dun Tenang
Komposisi kaum mengikut Peti undi di Dun Tenang adalah seperti berikut:
Majoriti Cina -Bandar Labis Tengah
-Labis
-Bandar Labis Timur
Majoriti Melayu -Tenang Station
-Ladang Bukit Dato
-Chemplak Barat
-Chemplak
-Sawah Bahru
-Felda Tenang
-Ladang Labis Utara
-Pekan Ayer Panas
-Kampung Redong
Analisis mengikut Undian Peti Undi Majoriti Melayu / Cina terhadap BN dan PAS bagi Pilihanraya Umum 2008 (PRU) dan Pilihanraya Kecil 2011 (PRK) adalah seperti berikut:
BN
PRU
Cina 1584(24.9%)
Melayu 4783(75.1%)
PRK
Cina 1414(21.1%)
Melayu 5285(79.9%)
PAS
PRU
Cina 2174(56.1%)
Melayu 1701(43.9%)
PRK
Cina 1820(60.8%)
Melayu 1172(39.2%)
Dari analisis di atas, kita dapat simpulkan bahawa :
1) BN mendapat meningkatan dari sudut undi perolehan dari peti undi majoriti melayu dari 4783 kepada 5285. sebanyak 502 meningkatan. Walaubagaimanapun, undi BN bagi peti undi majoriti Cina menurun dari 1584 kepada 1414. menurut sebanyak 170 undi.
2) Bagi parti PAS pula, kedua-dua peti undi majoriti kaum menunjukkan menurunan sokongan. Dengan majoriti cina menurun dari 2174 kepada 1820 dan peti undi majoriti melayu dari 1701 kepada 1172. masing-masing menurut sebanyak 354 dan 529.
3) Agak menariknya ialah, dari analisis peratusan undian yang diterima bagi kedua-dua PRU dan PRK. BN telah menerima peratus meningkatan undi melayu dari 75.1% kepada 79.9%. walaubagaimanapun, peratus undi cina menurun dari 24.9% kepada 21.1 %.
4) Di pihak PAS pula, PAS memperoleh peratusan undi meningkat dari peti undi kaum cina dari 56.1% kepada 60.8%. manakala Menurun bagi peti undi melayu dari 43.9% kepada 39.2%
#Kesimpulan dari analisi dari PRU dan PRK ini ialah, undi melayu telah memenangkan BN dan undi Cina telah memenangkan PAS. Apa pula yang anda dapat lihat???
Oct 26, 2010
Modul Program Remaja

MODUL 1: “happy birthday”
peserta dibahagikan beberapa kumpulan mengikut bulan kelahiran. Kemudian, setiap kumpulan diberikan sehelai kertas dan marker. Setiap kumpulan dikehendaki menulis peristiwa paling bersejarah dalam bulan kelahiran mereka itu.kebiasaannya, setiap kumpulan akan menyenaraikan semua peristiwa bersejarah yang berlaku dalam bulan kelahiran mereka. Tapi yang paling penting ialah peristiwa “saya / kami dilahirkan”. Moral modul ini, untuk mensyukuri kewujudan peserta sebagai khalifah Allah dan menghargai jasa ibu bapa.
MODUL 2 : “roket telur”
setiap kumpulan diberikan beberapa batang straw, sale tape, sebiji telur. Setiap kumpulan diberikan masa beberapa minit untuk membina satu replika roket menggunakan perkara-perkara yang telah diberikan. Kemudian setelah siap, fasilitator akan menguji replika tersebut dengan melambungnya ke udara. Kumpulan yang telur didalam replika roketnya tidak pecah adalah kumpulan yang berjaya.
MODUL 3 : “clip ajaib”
setiap kumpulan diberikan beberapa buah clip kertas dan sebuah baldi. Setiap kumpulan perlu terlebih dahulu mengisi air di dalam baldi. Setiap kumpulan perlu pastikan clip yang diberikan tidak tenggelam di dalam air tadi. Lebih banyak clip yang tidak tenggelam,lebih cerah peluang untuk menang.
MODUL 4 : “bola busuk beracun”
peserta diberikan sebiji bola beracun. Semua peserta bebas untuk bermain apa saja permainan menggunakan bola beracun tersebut. Setiap jenis permainan hanya diperuntukkan masa selama 10-15 minit sahaja. Setelah semua permainan selesai, peserta dikehendaki membuka kandungan di dalam bola beracun itu. Kandungan di dalam bola beracun itu adalah sampah yang busuk. Moral dari modul ini adalah untuk menggambarkan dunia yang beracun inilah manusia selalunya leka. Leka dengan permainan yang dapat dihasilkan darinya. Sedangkan kandungan permainan itu adalah busuk dan menjijikkan.
MODUL 5 : “dadu ibrahim pendek: kita tengok siapa yang kena!”
peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki berbaris dan dikehendaki memegang bahu atau pinggan rakan yang berada dihadapan mereka. Kemudian setiap kumpulan akan diberikan sebiji dadu yang besar mengandungi 6 nombor. Setiap kumpulan dikehendaki membaling dadu secara bergilir-gilir oleh setiap ahli kumpulan. Mana-mana kumpulan yang memperolehi angka ganjil dikehendaki secara berkumpulan mundur kebelakang mengikut jumlah bilangan dadu yang dierolehi. Manakala perolehan angka genap pula, kumpulan tersebut dikehendaki mara ke hadapan. Mana-mana kumpulan yang paling awal sampai dikira pemenang. Kebiasaannya, bila mara ke hadapan, setiap ahli kumpulan akan membuka langkah yang luas.manakala ketika mundur pula, kebiasaannya mereka akan kecilkan langkah mereka. Moralnya, inilah lumrah dunia. Jika menguntungkan manusia, mereka akan cepat-cepat ingin mencapainya. Tapi bila merugikan, mereka cuba mengelakkannya.
MODUL 6 : “main lego!”
setiap kumpulan akan diberikan satu set lego dan mereka dikehendaki membina satu monument yang mereka fikirkan sesuai sebagai lambing kebanggaan kumpulan mereka. Kemudian, semasa membina monument tersebut, fasdilitator akan memberi sekeping kertas yang mempunyai monbor 0 hingga 6 kepada beberapa orang ahli dalam kumpulan itu. Mana-mana ahli yang mendapat nombor 0, mereka ditugaskan untuk menjadi pengkhianat dalam kumpulan dengan mengagalkan tugasan kumpulan. Bilangan pengkhianat adalah bergantung kepada kebarangkalian kumpulan tersebut mendapat nombor 0. manakala peserta yang memegang nombor 1 hingga 6 pula, mereka dikehendaki menjadi mengintip dalam mengenalpasti siapakah di antara ahli kumpulan yang menjadi pengkhianat. Seterusnya mereka dibenarkan untuk mendakwa dan membuat pertuduhan kepada mahkamah yang diwakili oleh pihak fasilitator. Setelah selesai monument, semua kumpulan dikehendaki menyerahkan hasil kerja mereka kepada pihak fasilitator dan dipamerkan dihadapan semua kumpulan. Setelah semua monument dikumpulkan, kumpulan-kumpulan dikehendaki mengambil monument dari kumpulan lain yang telah ditetapkan oleh fasilitator dan mereka dikehendaki merombakkan hasil monument kumpulan tersebut dan membinanya kembali sebagaimana asal. Tugas mengintip pengkhianat masih diteruskan. Setelah pembinaan semula siap, semua monument dikehendaki dikumpulkan dihadapan. Setelah itu, kumpulan asal monument akan menilai tahap kejayaan kumpulan lain membina kembali monument mereka. setelah semuanya selesai,peserta-peserta yang dituduh sebagai pengkhianat akan dihadapkan ke muka pengadilan dan akan melalui proses pendakwaan. Moral dari modul ini. Dalam melakukan kerja berkumpulan kita disarankan agar tidak mempunyai buruk sangka kepada ahli kumpulan kita. Bahkan utamakan kepada memfokus kerja yang diberikan. Sebenarnya, di dalam modul ini, tidak ada seorang pun peserta yang menerima nombor 0!!tapi ada kumpulan yang mempunyai sehingga 3 yang didakwa sebagai pengkhianat!!
MODUL 7 : “rahsia tong sampah”
setelah melalui beberapa modul, kini jumlah markah terkumpul setiap kumpulan telah diperolehi. Walau bagaimanapun, setiap kumpulan masih dibenarkan untuk menambah jumlah mata yang mereka perolehi. Caranya ialah dengan mengenalpasti kandungan barang yang ada di dalam tong sampah yang akan ditunjukkan oleh fasilitator. Hanya seorang wakil bagi setiap kumpulan dibenarkan untuk membuat pengecaman itu. Setelah membuat pengecaman, wakil kumpulan dikehendaki kembali kepada kumpulan masing-masing dan menjelaskan kepada rakan mereka tentang kandungan di dalam tong sampah itu. Mereka pasti akan memberi jawapan tiada apa-apa yang ada di dalam tong sampah itu dan itulah hakikatnya. Seterusnya mereka dikehendaki menyenaraikan sebanyak mungkin faedah yang boleh dihasilkan dari tong sampah. Dan setiap satu faedah, akan diganjari dengan 10 mata. Di akhir sesi, beberapa kesimpulan dapat difahami. di antaranya, manusia terlalu tamak untuk kaya dan banyakkan harta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk mengiyakan sesuatu sebagai baik dan mempunyai banyak faedahnya walaupun tong sampah hanyalah berfungsi sebagai tempat menyimpan sampah!!
MODUL 8 : “buta, celik semula”
peserta dipasangkan. Seorang bertindak sebagai sibuta dengan mata diikat dengan kain. Manakala seorang lagi bertindak sebagai pemandu kepada si buta. mereka berdua akan melalui perjalanan yang cukup mencabar. Melalui jalan raya, kolam lumpur, mendaki bukit dan menuruninya. Mereka terlebih dahulu diberi masa untuk berbincang secara sepakat tentang isyarat yang akan digunakan disepanjang penjelajahan mereka. Setelah mengharungi lebih sejam peralanan, di mana semua pasangan telah tiba di dewan atau di satu lokasi lapang, kedua pasangan si buta dan pemandu diarahkan untuk diasingkan. Sibuta berada di sebelah kanan dan si pemandu berada di sebelah yang lain. Setelah itu, dalam keadaan si buta masih belum lagi dibukakan matanya, si pemandu di kehendaki membunyikan satu suara untuk dicam oleh sibuta. Jika sibuta berjaya membuat pengecaman, mereka berdua dibenarkan untuk bersama. Seterusnya, bagi pasangan yang masih belum dapat bersama, sibuta dibenarkan pula untuk memeluk sipemandu untuk membuat pengecaman secara sentuhan fizikal.setelah berjaya membuat pengecaman, barulah kain penutup mata sibuta dibenarkan untuk dibuka. Dan si buta akhirnya mampu kembali melihat dunia.
Sep 21, 2010
Catatan AFC Persona Elegance

Jenis minyak : shell ron95
Waktu isi : 6.00pg
Jumlah isipadu : 27.027 liter
Kos : RM50
Kilometer mula : 6940km
Kilometer berakahir : 7215km
Jumlah kilometer : 275km
AFC : 9.828liter/100km
Jenis jalan digunakan : wakaf bharu-pulai chondong,Bandar kota bharu, Wakaf Bharu-Kutan
Jenis minyak : esso ron95
Waktu isi : 9.30mlm
Jumlah isipadu : 27.027 liter
Kos : RM50
Kilometer mula : 7215km
Kilometer berakahir : 7433km
Jumlah kilometer : 218km
AFC : 12.397liter/100km
Jenis jalan digunakan Bandar kota bharu, Wakaf Bharu-Kutan
ketika hari raya aidil fitri
Jenis minyak : Petronas ron95
Waktu isi : 2.00ptg
Jumlah isipadu : 32.432 liter
Kos : RM60
Kilometer mula : 7533km
Kilometer berakahir : 7790km
Jumlah kilometer : 357km
AFC : 9.085liter/100km
Jenis jalan digunakan : Bandar,lampu isyarat sekitar Kota Bharu-Wakaf Bharu,Wakaf Bharu-Kutan,pulai chondong-wakaf bharu
Jenis minyak : Shell ron95
Waktu isi : 2.30ptg
Jumlah isipadu : 32.432 liter
Kos : RM60
Kilometer mula : 7790km
Kilometer berakahir : 8196km
Jumlah kilometer : 406km
AFC : 7.988liter/100km
Jenis jalan digunakan : pulai chondong-wakaf bharu
Sep 15, 2010
Tajuk-Tajuk Penting Pendidikan Syariah Islamiah 2010
AYAT HUKUM & HADIS HUKUM TING.4/TING5
*RUKHSOH TAYAMMUM
*PUASA RAMADHAN
*SYAK DALAM SOLAT
*ZINA
WAKAF
PENGURUSAN HARTA ANAK YATIM
MEMBUNUH TANPA SENGAJA
FEQAH TING.4/TING5
*HAJI
(terutamanya tajuk manasik haji&perlaksanaan haji)
*MUAMALAT
SEMBELIHAN
AQIQAH
PERKAHWINAN(m/s:196-210)
USUL FEQAH
*HUKUM SYARA’
DALIL YANG TIDAK DISEPAKATI
AM DAN KHAS
NASAKH DAN MANSUKH
AQIDAH
IMAN FITRAH
IMAN BERTAMBAH BERKURANG
*TAQLID & MAKRIFATULLAH
SEJARAH ILMU KALAM
AYAT DAN HADITH MUTASYABIHAAT
SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
*SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM
*tajuk-tajuk yang paling penting
Sep 6, 2010
antara 4% dan 3% kos pentadbiran PTPTN
CADANGAN BAYARAN BALIK PTPTN DAN BAYARAN SEBENAR
JUMLAH BAYARAN SEBENAR DISEMBER 2006 - NOVEMBER 2010 = RM 7220
#menurut staf PTPTN yang saya hubungi, jika pembayar membuat pembayaran lebih dari jadual cadangan yang mereka sediakan, pembayar akan dapat 2 manfaat: pertama, tarikh akhir tamat pembayaran akan tamat lebih awal dari jadual.kedua, jumlah bayaran keseluruhan akan berkurangan.
JADUAL BAYARAN BALIK PTPTN
DIS/2006 NOV/2007 60.45 725.40
DIS/2007 NOV/2008 78.59 943.08
DIS/2008 NOV/2009 102.17 1226.04
DIS/2009 NOV/2010 132.82 1593.84
DIS/2010 NOV/2011 172.67 2072.04
DIS/2011 NOV/2021 224.47 26711.93
NOV/2021 NOV/2021 217.27 217.27
JUMLAH 33489.60
Pengiraan Kos Pentadbiran PTPTN bulanan
CONTOH:
RM21966.48 X 0.03 / 12 = RM 54.92
Aug 23, 2010
Rekod PTPTN saya
REKOD 2007
jumlah bayaran tahunan: -
jumlah kos pentadbiran tahunan: RM 780
nisbah pembayaran / kos pentadbiran: 0%
REKOD 2008
jumlah bayaran tahunan: RM 3 200
jumlah kos pentadbiran tahunan:777.22
nisbah pembayaran / kos pentadbiran:24.28%
REKOD 2009
jumlah bayaran tahunan: RM 2 100
jumlah kos pentadbiran tahunan: RM 712.14
nisbah pembayaran / kos pentadbiran:33.91%
REKOD SEHINGGA OGOS 2010
jumlah bayaran tahunan: RM 2 620
jumlah kos pentadbiran tahunan:RM 661.19
nisbah pembayaran / kos pentadbiran:25.23%
REKOD SEHINGGA JULAI 2011
jumlah bayaran tahunan: RM 510
jumlah kos pentadbiran tahunan:RM 366.06
nisbah pembayaran / kos pentadbiran:71.77%
JUMLAH PEMBAYARAN SEHINGGA JULAI 2011 : RM 8430
Aug 17, 2010
DINAR: Tun dan Tuan Guru Satu Idea
Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik Aziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.
Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.
"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata," tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.
Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.
Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.
Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.
Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.
Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,
Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.
Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!
Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.
Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.
Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.
Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.
Maksudnya:
Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.
(Surah Ali Imran : 75)
Maksudnya:
Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...
Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.
Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.
Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.
Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).
Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.
Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.
Para Hadirin sekalian,
Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.
Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.
Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.
Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.
Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.
Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.
Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.
Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.
Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,
Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.
Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.
Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.
Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?
Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa," yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. - mks.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun urusniaga menggunakan dinar emas boleh mengelak manipulasi dan penipuan, tetapi malangnya tiada negara, termasuk negara Islam yang mahu melakukannya.
Bekas Perdana Menteri berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi Emas Dinar 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Beliau berkata, seketika dahulu Malaysia pernah mahu menggunakan dinar emas dalam urusniaga tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana tiada negara lain yang sedia menjalankan urusniaga menggunakannya.
Bagaimanapun, beliau tidak membuat cadangan khusus supaya kerajaan menggunakan dinar dalam urusniaganya.
"Tetapi kita masih boleh melaksanakannya hari ini kerana Dolar Amerika tidak ada nilai," katanya kepada wartawan.
Beliau berkata, dinar emas tidak sama dengan matawang kerana kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa.
Katanya, dinar juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dari urusniaga harian sehingga kepada urusan perkahwinan dan ibadah haji.
Bagaimanapun, katanya, untuk menjadikan dinar emas sebagai wang alternatif perniagaan bukanlah mudah kerana ia boleh menyebabkan ekonomi negara gagal atau musnah.
Sementara itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, sekalipun Malaysia menggunakan dinar emas, namun sistem perdagangan lama terus digunakan.
"Apabila kita memperkenalkan perbankan Islam, sitem perbankan lama masih dikekalkan," katanya.
Beliau berkata, Bank Pusat patut menerima bayaran dari pengimport di dalam negeri dan dan digunakan untuk membayar kepada pengekport dari negara sama.
Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, dinar emas masih mempunyai masalah iaitu dari segi pengangkutan kerana ia sangat berisiko.
Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, umat Islam hari ini menjadi lebih kaya dari sebelumnya, khususnya dari segi pendapatan dalam dolar Amerika, tetapi tidak menggunakan sistem perbankan ataupun atau wang untuk kepentingan mereka.
Menurut Dr Mahathir, mereka sebaliknya menyimpan wang di negara luar khususnya di Amerika yang digunakan oleh kuasa besar itu untuk membunuh orang Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan.
"Saya kira para ulama perlu mengeluarkan fatwa bagaimanakah hukumnya orang Islam yang menyimpan wang di Amerika yang kemudiannya digunakan untuk membunuh orang Islam sendiri," katanya.
Turut serta dalam persidangan yang dianjurkan Institut Penyelidikan dan Kajian Startegik Kelantan (KRISS) dengan kerjasama Marslio adalah penasihat-penasihat kewangan Bank-Bank tempatan, pakar-pakar ekonomi luar negeri dan tempatan serta pelajar-pelajar ekonomi Universiti tempatan dan antarabangsa.
dipetik dari: http://www.zaharuddin.net/content/view/554/63/
cara buat rayuan pertukaran guru
xde peraturan untuk bt rayuan. tapi sy suka blajar dr rakan2. tgk diorg isi n bt.
Ape yg sy anta ialah :
1. salinan permohanan etukar yg di print dr internet ms isi etukar dulu
2. surat rayuan (surat rasmi bt sndiri je. nyatakan permohonan xberjaya. sebab nk
tukar. pilih negeri baru jika rs negeri yg dipohon sblm ni penuh)
3. surat keizinan suami (jika mohon di negeri yg lain dr tempat suami tinggal) surat ni penting gak.penah mmber sy xdpt tukar hanya krn xde surat ni. surat bt sendiri
gak. format surat rasmi biasa je. nie kisah benar . sy sendiri ikut kwn bt rayuan
ke putrajaya ms tu. thn 2006. lpas bt surat nie, mmbr tu trus dpt blk penang.
4. surat pengesahan majikan suami. (utk sahkan tmpat suami bertugas)
5. salinan sijil nikah
yg penting, kte mesti cukup syarat iaitu cukup tempoh, ikut suami, ada fmly sakit dll. kalo cukup syarat, muka xmalu nk berdpan dgn pengawai rayuan tu coz alasan dh kukuh.
negeri yg dipilih mesti ada kekosongan. cuba tnya rakan2 yg berpengalaman negeri mane lg yg ssh msk..
semua dokumen lengkap n disokong pengetua. (caranya minta pengetua cop, tandatgn n tulis 'disokong' pada surat rayuan yg kite bt tu.
cara hantar :
1. pd surat rayuan yg kte bt tu,alamat ke putrajaya, di akhir sekali tulis s.k Jabatan
Pelajaran Negeri.... dan Pejabat Daerah ....... yg asal anta ke putrajaya,fotostat 1
salinan pos ke JPN, 1 salinan lg pos ke PPD.
pastikan data emis kte di sekolah adalah yg terkini. rujuk guru data sek masing2.
nie yg sy usaha kan. sntiasa prihatin dgn tarikh2 tertentu. coz byk kes lewat dpt maklumat.kalo rajin cal bhagian pertukaran putrajaya untuk info terkini.guru data n media di sek biasanya tahu tentang tarikh2 pertukaran.
sy hanya dpt berkongsi pengalaman ni.gud luck untuk yg nk mencuba thn dpan.sy doakan.amin. soe xdpt emailkan ape2 dokumen coz kompter sy br je di format...
wah... panjang lebar btl info sy. nie br btl2 guru. hahahaha. jgn boring bc ek
petikan dari: http://www.bicaraguru.com/showthread.php?578-rayuan-saya-berjaya-(SRWK-KE-KL)-utk-Jan-2010
Aug 9, 2010
Seruan Kepada Pejuang Aqidah
antara Kronologi Pengharaman ESQ
Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM telah
menghantar beberapa orang pegawai untuk menghadiri
kursus ESQ di Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor.
Ini adalah bagi menjalankan kajian dan siasatan
terhadap kursus ini selepas menerima aduan daripada
orang ramai yang bertanyakan tentang status kursus
tersebut atas alasan wujud kesangsian dan keraguan
dalam metodologi atau pendekatan yang dilakukan.
28 Ogos 2008
Perbincangan tentang isu berkenaan ESQ telah
dibentangkan di dalam Mesyuarat Panel Kajian Akidah
JAKIM (PKA) Kali Ke-38. Mesyuarat ini telah
memutuskan perkara-perkara berikut:
a) Terdapat keraguan-keraguan yang dikhuatiri
boleh menyelewengkan akidah di dalam kursus
tersebut; dan
b) Doktrin bahawa kebenaran boleh diperolehi
melalui pengalaman/pencarian (termasuk oleh
para nabi) perlu dijadikan asas kepada
penyelewengan ESQ.
14 Oktober 2008
Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA)
berkenaan ESQ telah diadakan. Mesyuarat ini telah
bersetuju dengan pembentangan oleh ahli PKA, Prof.
Madya Dr. Mohd. Fauzi bin Hamat bahawa keraguankeraguan
yang dikhuatiri boleh menyelewengkan
akidah di dalam kursus ESQ adalah wujud
sebagaimana yang telah dibentangkan oleh urusetia
JAKIM pada mesyuarat PKA Kali Ke-38.
10 Februari 2009
Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA)
berkenaan ESQ telah diadakan sekali lagi. Mesyuarat ini
telah menyenaraikan penyelewengan-penyelewengan
yang terdapat di dalam ESQ sebagaimana berikut:
a) Kursus ESQ akan mewujudkan golongan yang
mengakui kewujudan nabi baru berdasarkan
ideologi yang diterapkan;
b) Kursus ini mengajar bahawa akal adalah lebih
besar daripada wahyu;
c) Kursus ini banyak menggunakan istilah-istilah
agama yang ditafsirkan menggunakan tafsiran
bebas tanpa disiplin;
d) Teori suara hati di dalam kursus ini boleh
mengelirukan orang awam; dan
e) Kursus ini cuba mencampuradukkan perbincangan
tentang hakikat kewujudan antara falsafah Islam
dan Barat.
Mesyuarat telah mengambil keputusan bahawa
Kursus ESQ Leadership Training anjuran Ary
Ginanjar Agustian perlu disekat dan diharamkan dari
beroperasi di Malaysia dan kertas kerja
berkenaannya diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia.
02 April 2009
Pihak JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan Ary
Ginanjar Agustian, pengasas ESQ Leadership Centre
bertempat di Dewan Syura JAKIM, Blok D7, Kompleks
D, Putrajaya dan telah menyimpulkan bahawa:
a) Ary Ginanjar Agustian masih bertegas dengan
pendiriannya menggunakan pendekatan sumber
manusia (human resource) gaya Barat untuk
mengembangkan konsep pembinaan sumber
manusia yang dikatakan berasaskan Islam;
b) Beliau sukar menerima hakikat bahawa ajaran
Islam perlu dirujuk kepada sumber-sumber Islam
yang berautoriti seperti kitab-kitab tafsir dan Hadis;
c) Beliau lebih banyak berhujah bahawa beliau
adalah benar dengan menggunakan sentimen
sokongan daripada badan-badan Islam di
Indonesia, golongan korporat dan tokoh-tokoh
kenamaan di dalam kerajaan dan swasta;
d) Beliau tidak akan berganjak dengan modul ESQ
yang sedia ada dengan pernyataan beliau bahawa
beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk
mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran bagi modul di
Malaysia tetapi tidak di negara lain; dan
e) Beliau telah mengeluarkan kenyataan yang
berunsur ugutan dan amaran seperti meletakkan
beberapa pilihan kepada JAKIM termasuk menarik
diri dari Malaysia sekiranya ESQ diharamkan.
21-23 April 2009
Kertas kerja berkenaan kedudukan Kursus ESQ
Leadership Training di Malaysia, yang telah diteliti oleh
Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA), telah dibentangkan di
dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-86. Muzakarah ini telah memutuskan bahawa faktafakta
yang dikemukakan di dalam kertas kerja
tersebut adalah sekadar suatu kemungkinan sahaja
dan tidak boleh dijadikan asas penentuan hukum.
Oleh yang demikian, satu jawatankuasa pemantau luar
perlu dilantik oleh JAKIM untuk menilai aktiviti ESQ
Leadership Training di Malaysia.
23-25 Jun 2009
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 telah
memutuskan bahawa kajian lanjut oleh panel pemantau
perlu diteruskan. Muzakarah juga turut bersetuju dan
membenarkan kursus-kursus ESQ diteruskan
sehingga hasil kajian diperolehi.
17 Ogos 2009
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum
Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-75 telah
memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership
Training adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
Keputusan ini adalah berpandukan kepada kertas
kerja yang telah disediakan oleh Bahagian
Penyelidikan JAKIM dan berdasarkan keputusan
Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM pada 10
Februari 2009.
02 Oktober 2009
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 telah
diadakan. Muzakarah dimaklumkan bahawa pihak ESQ
Leadership Training telah menubuhkan Panel Syariah
ESQ yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato’ Mustafa
bin Abdul Rahman. Walau bagaimanapun, tiada tarikh
perlantikan dikemukakan. Muzakarah ini masih
bersetuju dan membenarkan kursus-kursus ESQ
diteruskan sehingga hasil kajian oleh Panel
Pemantau ESQ diperolehi.
14-16 Disember 2009
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-89 telah diadakan. Muzakarah ini masih bersetuju
dan memperakukan bahawa kursus-kursus ESQ
diteruskan sehingga hasil kajian oleh Panel
Pemantau ESQ diperolehi.
01 Mac 2010
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 telah
mengambil maklum tentang kertas laporan yang telah
disediakan oleh Panel Pemantau ESQ. Berdasarkan
kajian yang telah dijalankan, panel ini telah menemui
beberapa unsur yang bercanggah dengan pegangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam kursus ESQ
seperti pluralisme agama, pengaruh Universal Sufi
Order, al-fayd, suara hati dan katarsis. Kajian ini
juga mendapati terdapat kekeliruan dari aspek
penggunaan istilah-istilah seperti God Spot, Zero
Mind Process, fitrah dan Conscience. Walaupun
begitu, muzakarah masih belum membuat sebarang
keputusan mengenai ESQ kerana menganggap hasil
penemuan tersebut adalah zhanni.
14 April 2010
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
telah bersetuju membuat rumusan awal bahawa hasil
penemuan oleh Panel Pemantau ESQ adalah zhanni
yang masih boleh dijelaskan. Muzakarah juga
bersetuju bahawa keputusan terhadap Kursus ESQ
Leadership Training akan diputuskan di dalam
muzakarah yang akan datang.
dipetik dari: http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/KRONOLOGI_FATWA_ESQ.pdf
Jul 21, 2010
Perbezaan Antara Konvensional dan Islam-Isu Biaya Rumah

Antara konsep pembiayaan yang masyhur bagi perumahan di malaysia oleh perbankan islam ialah Bai' Bithaman Ajil (BBA). Melalui konsep ini, bank terlebih dahulu membeli rumah berkenaan, kemudian menjualnya kepada pelanggan dengan kadar keuntungan tertentu, dengan bayaran secara ansuran.
Harga rumah: RM 200 000
Bayaran muka : RM 20 000
Pembiayaan dengan bank: RM 180 000
Tempoh pembiayaan : 20 tahun
Kadar keuntungan: 10 %
Harga jualan bank kepada anda : RM416 889.35 (RM 1737.04 x 240 bulan )
Bayaran ansuran bulanan: RM 1737.04 (dikira berdasarkan formula standard bagi nilai kini anuiti)
Daripada ilustrasi di atas, maka anda akan mendapati bahawa:
-jumlah keuntungan bank sepanjang tempoh 20 tahun pembiayaan tersebut ialah RM 236 889.35 (RM416 889.35 – RM 180 000)
Melalui BBA, jumlah keuntungan (yang menyamai dengan jumlah kadar faedah bagi bank konventional) terlebih dahulu diraih bank dan perlu ditanggung pembayarannya oleh pengguna. Sedangkan, kadar faedah oleh bank konvensional tidak akan dikira selagi belum tiba tempoh matang. Sebagai contoh, jika setelah 10 tahun, melalui BBA pengguna telah membayar RM 208 444.80 (RM 1737.04 x 120 bulan). Berapakah baki yang masih lagi perlu dibayar oleh pengguna? Jawapannya ialah RM 208 444.55 ( RM416 889.35 - RM 208 444.80 ) dimana RM416 889.35 adalah merupakan jumlah keuntungan untuk tempoh 20 tahun ( RM 236 889.35 ) serta jumlah pinjaman asal (RM 180 000).
Di pihak bank konvensional, pihak bank akan mengambil kira hanya 10 tahun pertama yang telah dibayar iaitu RM 118444.68 (kadar faedah untuk 10 tahun pertama). Oleh itu pada tahun ke 10, pengguna telah membayar kepada bank sebanyak RM 298444.68 (RM 118444.68 + 180 000). Melalui konvensional, pengguna hanya perlu lunaskan baki harga pokok (RM 90 000) sahaja untuk baki 10 tahun terakhir tanpa melibatkan sebarang kadar faedah ke atas RM 90 000 kedua itu. Kerana RM 90 000 kedua itu, kontrak telah ditamatkan dan pengguna tidak menggunakan wang tersebut untuk membiayai rumahnya.
Namun sebaliknya BBA, jumlah yang perlu dibereskan ialah RM 208 444.55 (RM 90 000, baki pinjaman asal + RM 118444.55, kadar keuntungan untuk 10 tahun baki )
sumber: Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, "Pembiayaan pembelian rumah secara Islam alternatif ", http://al-fikrah.net/News/article/sid=266.html, 21 julai 2010
Menurut kajian yang dibuat oleh Ahamed Kameel Mydin Meera & Dzuljastri Abdul Razak, didalam kajiannya bertajuk "Islamic Home Financing through Musharakah Mutanaqisah and al-Bay’ Bithaman Ajil Contracts: A Comparative Analysis" halaman 2 dan 3, mereka menyatakan bahawa: konsep BBA sangat popular di negara seperi Malaysia,Indonesia dan Brunei manakala MMP digunakan secara meluas di negara-negara timur tengah, Amerika Syarikat, Kanada, United Kindom dan Australia. Ulama'-ulama' syariah timur tengah tidak menerima BBA. kerana ianya menyamai bank konventional.
apakah konsep MMP yang diterima di negara eropah itu? adakah ianya merupakan konsep yang sama dengan BBA? kenapa mereka menerima MMP?
ikuti siri yang akan datang...
May 18, 2010
ASIAN AUTO BOSCH:Fuel Efficiency Awards 2008

Compact City Cars
1st Perodua Viva 4.8L/100km
2nd Hyundai i10 5.0L/100km
3rd Proton Savvy LITE 5.7L/100km
Compact Premium City Cars
1st Fiat Panda 5.6L/100km
2nd Naza Bestari 206 5.9L/100km
3rd Suzuki Swift 6.7L/100km
Family Cars
1st Proton Persona 6.6L/100km
2nd Hyundai Accent 7.0L/100km
3rd Chevrolet Aveo Sedan 7.3L/100km
Premium Family Cars
1st Honda Civic 1.8 6.9L/100km
2nd Mitsubishi Lancer GT 8.2L/100km
3rd Hyundai Elantra 8.4L/100km
Luxury Family Cars
1st Mercedes Benz B-Class 170 7.1L/100km
2nd Hyundai Sonata 2.0 8.4L/100km
3rd Mazda6 2.0 8.7L/100km
Executive Cars
1st Audi A4 7.4L/100km
2nd Mercedes C-Class 200K 7.6L/100km
3rd Volvo S60 2.0T 7.9L/100km
Premium Executive Cars
1st Audi A6 TFSi 8.5L/100km
2nd Mercedes E-Class 200K 8.7L/100km
3rd BMW 523i 9.3L/100km
Super Saloons
1st Audi A8 3.2 Multitronic 10.1L/100km
2nd Jaguar XJ6 LWB 10.5L/100km
3rd Lexus LS460 L 11.1L/100km
Super Sport Coupes
1st Peugeot 207 CC 7.2L/100km
2nd Mercedes Benz SLK200 7.95L/100km
3rd BMW 320i Coupe 8.0L/100km
Performance Cars
1st Mini Cooper S JCW 6.9L/100km
2nd Peugeot 308 THP 7.75L/100km
3rd Audi TT 7.8L/100km
Pickup Trucks 4X4
1st Isuzu D-Max 3.0 7.6L/100km
2nd Ssangyong Actyon Sports 2.0 7.8L/100km
3rd Mitsubishi Triton 2.5 8.3L/100km
Compact MPV
1st Toyota RUSH 1.5 6.9L/100km
2nd VW Touran Tsi 2.0 7.2L/100km
3rd Renault Kangoo 1.5 7.5L/100km
Luxury MPV
1st Hyundai Starex CRDi Diesel 2.5 8.5L/100km
2nd Ssangyong Stavic Diesel 2.7 8.8L/100km
3rd Fiat Ulysse 2.0 9.6L/100km
Compact SUV
1st Chevrolet Captiva Diesel 7.7L/100km
2nd SsangYong Actyon SUV Diesel 8.0L/100km
3rd Hyundai Santa Fe Diesel 8.2L/100km
Compact Luxury SUV
1st Ssangyong Rexton 270 Diesel 9.1L/100km
2nd Volkswagen Tiguan 2.0 9.9L/100km
3rd Subaru Forester 2.5XT 11.1L/100km
Luxury SUV
1st BMW X5 3.0 diesel 8.7L/100km
2nd Volvo XC90 D5 Diesel 11.1L/100km
3rd Lexus RX350 11.2L/100km
Supercars
1st Porsche 911 PDK 11.0L/100km
2nd Jaguar XK8 11.3L/100km
3rd Mercedes CL500 12.1L/100km
sources from:http://www.8cars.my/asianauto/fea2008.asp
May 8, 2010
Berjauhan dengan Izzah...
May 5, 2010
IZZAH MAISARAH...pengantara
Jan 31, 2010
Jawatan Baru: Pengurus...
aku tidak pandai memasak. tapi yang paling ibu khaskan untukku adalah sayur goreng. ibu perlu juga dibantu. bukan untuk menyusahkan anak.tapi ibu sudah tidak mampu. ibu terpaksa disuap. dibasuhkan gigi palsu, dibawa ke tandas, dipakaikan kain solat, disediakan minuman, makanan. kadang-kadang, tempat tidur ibu perlu juga berada dalam keadaan siap.agar ibu sedia untuk berehat.baru sekarang ku tahu. ibuku dulu pernah lalui penat lelah ini. takkala aku perlu di sediakan makanku, minumku, masuk keluar tandasku, bersih diri, pakai baju. semua telah ibu lakukan. lama tempohnya. sehingga aku dewasa. penat rupanya jadi seorang isteri. juga seorang ibu....
Dapat Kerja Tambahan
ibu...dah hampir 7 tahun ibu menempuh perit berhadapan dengan lemah tubuh saraf.ibu berperang dengan parkinson. setiap malam, sudah menjadi kewajipan saya.melegakan safaf-saraf ibu.hanya untuk pastikan ibu mampu sedikit, ke tandas. selepas itu, ibu akan bersama dengan lena.merehatkan mata ibu. saraf ibu. inilah kerja tambahan saya selain mengajar. kerja ini bergaji juga. moga Allah bayarkan saya dengan tunai nanti. 'CASH' syurga...ibu bawa saya ke syurga
Bersangka Baik

MANUSIA HARI INI SUKA
BERSANGKA-SANGKA
ADA SANGKAAN BAIK
ADA SANGKAAN BURUK
ORANG BERIBADAH DISANGKA RIAK
ORANG YANG RELAX DISANGKA MALAS
ORANG YANG PAKAI BAJU BARU DISANGKA MENUNJUK
ORANG YANG BAJU BURUK DISANGKA ZUHUD (HINA)
ORANG YANG MAKAN BANYAK DISANGKA PELAHAP
ORANG YANG MAKAN SIKIT DISANGKAKEDEKUT
ORANG YANG BAIK DISANGKA BURUK, ORANG BURUK DISANGKA BAIK
ORANG SENYUM DISANGKA MENGEJEK
ORANG MASAM DISANGKA MERAJUK
ORANG BERMUZAKARAH DISANGKA MEGUMPAT
ORANG DIAM DISANGKA SOMBONG
ORANG MENAWAN DISANGKA PAKAI SUSUK
ORANG NAMPAK CERIA DISANGKA MEMBELA
MANA TAU YANG DIAM ITU KERANA
BERZIKIR KEPADA ALLAH
MANA TAHU YANG SENYUM ITU KERANA BERSEDEKAH
MANA TAHU YANG MASAM ITU
KERANA MENGENANGKAN DOSA
MANA TAHU YANG MENAWAN ITU KERANA
BERSIH HATI DAN MINDANYA
MANA TAHU YANG CERIA ITU KERANA CERGAS CERDASNYA
JAUHI SIKAP SUKA BERSANGKA SANGKA
KERANA IA BAKAL MEMUSNAHKAN UKWAH
SAPERTI MUSNAHNYA KAYU DIMAKAN API
SATU BENDA YANG KITA LIHAT,
MACAM MACAM KESIMPULAN
YANG BOLEH KITA BUAT, SEMUANYA BERGANTUNG
BAGAIMANA KITA MELIHATNYA.
“TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI KAMU……NESCAYA
ISLAM AKAN TERTEGAK DIATAS BUMI KAMU”
- IMAN AL-SYAHID HASSAN AL- BANNA.
Dec 9, 2009
Kereta Mana Paling Jimat Minyak (FC)

660cc
1) 660 100% city 20km/l
2) Kancil 660 (M) 1999 city 16km/l
850cc
1) Kancil 850 (M) 90% highway 17km/l
2) Kancil 850 1997 (A) 100% city + jam 15km/l
3) Kancil 850 1998 MT) 50% city 50% Hway 12km/l
4) Kancil 850 2006 (M) 100% city 15km/l
1000cc
1) Daihatsu Charade CX 1985 City 100% 14km/l Highway 120km/h avg, 22 km/l
(waynechin)
2) Kelisa (M) 2003, 70% City, 16.2-17.9km/l (jasonwsl)
3) Kelisa (A) 2002, 80% City: 14-15km/l, 20% City: 17-18km/l
4) Kenari (A) 2004, 100% city (puchong to PBD via OKR), 13-15km/l
5) Perodua Myvi (M) 2005, 50% City, 15.6km/l
1100cc
1) Tiara 1997 100% city 14km/l
2) Tiara 2000, 100% KV, 18.2km/l
1200cc
1) Fiat Punto Speedgear CVT, 2001, 1242cc, Urban=13-15km/l, Hway=19-
21km/l (Driver + 1 passenger + no load)
2) Proton Savvy, M, 2005, 100%city, 18km/l
1300cc
1) Hyundai Getz 1.3(A) 2003, 100% city, the best is 10.50km/l (very
sedate driving, RPM never above 3000rpm, mostly 2000rpm when cruising),
90% highway, 10% city, 14km/l
2) Nissan Sunny 130Y, short drive-11km/L ,city drive-12.3KM/l, Hway
14.03KM/L (ShiftXtrem)
3) Proton Saga LMST A/B M @ 100% city - 13km/l.
4) Proton Satria (M) 1997, CT = 12km/l, HW = 14km/l (zx4948)
5) Proton Iswara A/B M 2002, 10% city, 90% HWay, avg 20km/l (w perf
plugs+cyclone + BP)
6) Proton Iswara A/B 2000, varies from 14.9km/l-17.8km/l
7) Perodua Kembara, A, 2002, 100%city, 11km/l
8) Perodua Kembara, M, 2004, 100%city, 14km/l
9) Proton Wira A/B, M, 2000, 30%city 70% HWay, 17km/l
10) Proton Wira A/B, M, 2001, avg from 80kkm: 13.5km/l, 100%highway,
17km/l
11) Proton Wira A/B 1998 (Avg FC since bought) 13.9 km/l
12) Proton Iswara A/B 2001, short distance drive 11.5km/l
1400cc
1) Citroen Berlingo, MT, 2003 50%City, 50% Hway, 12km/l
1500cc
1) Honda City iDSI 2003, Mixed driving, 11KM/L
2) Honda City IDSI 2003, 90% city + 10% Hway, 18KM/L.
3) Honda City iDSI 2003, CT=14~15 km/l, HW=18 km/l (KL-KB via gua
musang): below 110 km/h)
4) Honda City 1.5 (M) 1997 mixed driving 14km/l to 16km/l
5) Honda City 1.5 1999, Mixed driving, 11.38km/l
6) Honda City vtec 1.5 2005, Mixed driving, 17 KM/L
7) Honda City TypeZ, 2000 Auto, 50%Hwy 50% City, light foot, rpm<2.5k,>
14km/L
7a) Honda Jazz VTEC 2005 (205/45/16 tyres):
- 12.75km/l, 70% city, 30% highway (light throttle, ~100kph, rpm <3k)>
- 11.8km/l, 70% city, 30% highway (HEAVY throttle)
8) Hyundai Accent (M) 2004, 90% HWay, 10%city, 13.5 km/l
9) Hyundai Accent (A) 2004, 90% HWay, 10%city, 12.3 km/l (kingkong2)
10) Kia Sephia 1999 (Average FC since bought) 10.9 km/l
11) Proton Saga (M) 1992, CT = 11km/l, HW = 13km/l (zx4948)
12) Proton Iswara (M) 1998 city 8.5km/l
13) Proton Iswara (A) 2000, 100% city, 10km/L
14) Proton Iswara (A) 2002, mostly city driving, 9.0km/l
15) Proton Wira Sedan (A) 2001, 70% City: 11.5km/l, 20% City 13.5km/l
16) Proton Wira,Sedan (M),1997, 60:40 City:H'way,10.8km/l
17) Proton Wira, (A), Sedan, sub-urban (50% speed 50% jam), 12.4 km/L
18) Proton Wira, (M), Sedan, 70:30 H'way:city., 13 km/l (Highwayman)
19) Proton Wira, (A), 100% city, 10km/l
20) Proton Wira, A/B (A), 60%/40% city/HWay, 12km/l
21) Proton Wira SE (M) 2005, 100%city 10.48km/l (0009)
22) Suzuki Swift 1.5(A), 100% city - 11.7km/L, 100% h'way - 16.5km/L
23) Toyota Vios 1.5G Mixed-HWay + city 13.5 km/L
24) Wira 1.3 GLi (M) 2000, 13km/l, Odometer >225k, average consumption.
1600cc
1) Chevrolet Optra 1.6 (A) 2004, 100% City, 9km/l, Hiway, 12km/l
2) Citroen C3 1.6 Sensodrive, 100% Klang Valley, 15.25km/l
3) Kia Spectra 1.6 (A) 2002, mostly city driving, 10.5km/l
4) Kia Spectra 1.6 (A), city driving 10km/l, 100% highway 13km/l
5) Ford Laser Lynx XL 1.6(M) 2002, 100% Klang V-14 km/l, 100%,HWay-13 -
17km/l
6) Ford Laser Lynx (A) 1997, Urban 10km/l, long distance 12km/l
7) Nissan Sentra N16(A), 12.5km/l Average speed 80kph (Joxeph)
8) Nissan Sentra (A), 2004, 100% Klang Valley, 11.3km/L
9) Nissan Sentra 1.6(M) 2005, HW=14.5km/l (zybisko14)
10) Nissan Sentra 1.6(A) 1998, Mix=12km/l
11) Nissan Sentra 1.6(M) 1999, Mix=12.4km/l
12) Nissan Sentra 1.6(A) 2000, 100% Klang valley, 11.5km/l
13) Nissan Sentra 1.6(A) 2001, 100% City, 11-12km/L, 100%Highway, 14-
15km/L
14) Nissan Sentra 1.6(A) XE 2001, 10-12km/L mix-driving,14-16km/L HWay
15) Nissan Sentra 1.6(A) SG-L, 100%hway 18km/l, 100%city 12km/l, mileage
2k+
16) Nissan Sentra 1.6 SG-L 2003 100% Penang City Driving 9.5km/L
17) Proton Gen 2 1.6(M), 2004, average 15km/l (Feeraa7778)
18) Proton Wira 1.6XLi(A) 1996, mostly city driving, 9.1km/l
20) Proton Wira 1.6XLI AB (A) 2000, CT = 8-9km/l, HW = 12km/l (zx4948)
19) Proton Wira 1.6 A/B 2000, 50% highway + 50% city, 12.5km/l
21) Proton Waja 1.6 (A), mixed 14.17km/l. (Apek)
22) Proton Waja 1.6 (M), 2001, CT = 12km/l, HW = 14km/l (zx4948)
23) Proton Waja 1.6 (A), 2002, 60% Highway, 12KM/L (Kenwaja)
24) Proton Waja 1.6 (A), 2005, EV, 50 city , 50 suburban 9.5km/l
25) Proton Waja 1.6 (A), 2003, 100% City driving - 7.5 km/l
26) Proton Waja 1.6 (A), 2000, Mix=8.7 Km/L with 50/50% city/Highway
(scqs1995)
27) Toyota Corolla 1992 AE101 1.6(M), ODO 20x,xxxkm, 100% ct (severe
start
stop) 10.5km/L, 100% hw (100~110km/h) 16.5km/L (xxx2299)
28) Toyota Corolla SEG 1996 AE111 1.6(M), 80% City = 15.4km/L, 80% H'way
16.8km/L
29) Toyota Corolla SEG 1999 AE111 1.6(A), 40% City 60% Highway 12.8km/l
30) Toyota Corolla SEG 1995 AE101 1.6(A), ODO 250,000km 10km/l 100%
ct ,very severe start stop.
31) Lancer 1.6 CVT, 15km/l, driving less than 110 km/hr on highway + old
trunk road + town.
32) Peugeot 307SW 1.6, 8.67 km/ltr (90% typical town driving), 12.5
km/ltr
(95% highway, average 110 kmh)
33) Ford laser 92 1.6 100% city 12.8 km/l use Mobil's petrol for more
kilometer
1700cc
1) Honda Civic 2005, 100%hway 15km/l, 100%city 11km/l, mileage 8k+
2) Honda Civic VTEC(A) 2001, CT = 12km/l, HW = 16km/l (with NGK BKR6E-GP
SP) (zx4948)
1800cc
1) Chevy Optra 1.8LT, hwy 12+km/l, 100% city 8+km/l
2) Chevy Nabira 1.8, highway 14km/l
3) Ford Laser Lynx TX3 1.8 DOHC (M) '95, 100% Klang Valley +- 10Km/ltr
4) Proton Wira 1.8 SOHC (A) '96 100% City 8km/ltr
5) Proton Putra 1.8 DOHC (M) '97 100% City 12.5km/ltr (1km = 0.08 ltr)
6) Proton Putra 4g93t (M) '01 urban - 7.5-8km/liter,
7) Proton Satria R3 Stage.2 (M) '04 City 11.76km/l Highway 14km/l
8) Proton Satria GTI (M) '01 City 9.5km/l Highway 10.7km/l
9) Proton Waja 1.8 (A) 2004, CT = 11km/l, HW = 13km/l (zx4948)
10) Nissan Sentra 1.8(A)GXE 2001,Tjg Tokong-Bayan Lepas,Penang,10.3km/l
11) Peugeot 306STA 96 City 8-9km/L, Hiway 14km/L
12) Kia Carens (A) h/way 12km/l, city 9.5km/l (Emmzek)
13) Opel Vectra 1.8GL (A) 1997 - Klang Valley 10km/litre
14) Hyundai Elantra 1.8 (a)2003 - mixed highway/city 10.2km/ltr
15) Toyota Altis 1.8 (A) 2003, CT = 12km/l, HW = 16km/l (zx4948)
16) Toyota Altis 1.8 (A) 2005, City = 11km/l, highway = 17km/l
17) Toyota Corona 1.8 GL 1983 - City 5.5km/l
18) Honda Civic 1.8 iVTEC (2006) -100% CT =11.2km/ltr, mix CT 20%/hway
80% =14km/ltr
19) Mercedes Benz C180 2004, 100% City = 8-9km/ltr
1900cc
1) Citroen Xantia 1.9 Turbo Diesel = 12km/l city, 16km/l highway
2000cc
1) Audi A4 2.0 TFSI 2005 CT=8.9km/l HW=13.1 km/l
2) Citroen ZX 2.0 Volcane (M) 1997, CT = 10km/l, HW = 13km/l (zx4948)
3) Citroen ZX 2.0 (A) mix 10km/L
4) Citroen Evasion 2.0 (M) 10.0km/l urban, 13.5km/l highway ; 7st MPV
5) Fiat Ulysse 2.0 16v (A) 9.0km/l urban, 14.0km/l highway ; 7st MPV
6) Ford Lynx RS (A) 6km/l urban,12km/l highway
7) Honda Stream IVS 11.2 km/l the best (20% highway 80% shah Alam area)
8) Honda CRV CT=7.8km/l, HW=10.2km/l
9) Honda CRV iVtec 9.5km/l mixed (2004 mileage 26000km)
10) Honda CRV iVtec 2004 mixed 9.5km/l
11) Mazda 6 2.0 A, mix 10km/l
12) Nissan Xtrail 2.0 2005 50%city, 50%Hway, 2005 9km/l (mileage 7000)
13) NISSAN CEFIRO, A, 2004,80%city 20%highway, 8km/l
14) NISSAN CEFIRO, A, 2004,0%city 100%highway, 11km/l
15) Peugeot 206CC 2.0M KL 12.46km/l
16) Peugeot 405SRI 2.0M 10km/l urban, 13.2km/l highway ; 5dr saloon
17) Peugeot 806SV 2.0M 9.5km/l urban, 13.5km/l highway ; 7st MPV
18) Peugeot 406DLX 2.0A 9.6km/l 70%-city (1997; mileage = 209000km)
19) Proton Perdana 2.0A V6 urban 7.2km/l
20) Proton Wira 2.0D(M), 14.3km/l, Average speed 80kph
21) Scorpio 2.0 petrol, MPV 7 seater, KL driving 9km/l
22) Toyota Camry 30% Hway, 70% city, at best managed 9.3 km/l. (RobertNg)
23) Toyota Corona 2.0 CT=10km/l HW=15km/l
24) Volvo S40 2.0 A (non turbo) CT=9.5km/l HW=13km/l
25) Peugeot 605 SVi 2.0(M) 8.6km/l (100% town & short dist only)
2200 cc
1) Honda Accord 2.2(A) SOHC 16V mixed 12km/l
2) Toyota Camry 2.2GX (A) (80% city bumber 2b crawl, 10%urban, 10%
highway)12.2km/l
3) Toyota Camry 2.2GX 1997 CT=8km/l HW=14km/l
4) Toyota Camry 2.2GX 1997 (mixed 9 to 10 km/L)
2300 cc
1) Audi 100 2.3E (A) inline 5 cylinder 8.5km/l urban, 11.6km/l highway
2) Ford Escape 2.3 CT=8.2km/l, HW=9.8km/l 110-120 kph
3) Volvo 855 T5 (2.3L HPT) 5 cylinders, Pure Hiway: 8.2L/100kms travelled
(less fuel consumed is still possible) Pure City: 15-16L/100kms
travelled.
2400 cc
1) Honda Accord 2.4 (2005) highway 12km/l 8km/l
2) Volvo S40 2005, mixed city/highway 10 to 12km/l
2500 cc
1) BMW 525i (2005) City 9km/l, highway 13km/l
2) Ford Ranger XLT Diesel, mixed city highway 8.7km /l
3) Ford Ranger XLT(A) Diesel, 100% city 9.5km/l, 100% highway 12.5km/l
4) Isuzu Dmax 2.5 Diesel, HW=18.4Km/l
5) Kia sorento (2004) Diesel, CT=9.5km/l HW=11km/l
6) Nissan Frontier 2.5D, CT=10.5km/l, HW=13.5km/l@85-95kph, 11.5km/l@105-
115kph
7) Toyota Hilux SR 2.5D (A), done 55,000km, Mix=13.5km/l crusing between
2 - 2500 rpm.
2700cc
2800 cc
1) Mitsubishi Pajero V46 (A) 6.5-8.00km/L mixed,8-9km/L Highway.
2) Mitsubishi Pajero V46 (A) Diesel 8.68km/l Average speed 80kph
3000 cc
1) Honda Accord 2-door 7-gen 3.0, mixed driving 9.5km/l
2) Honda Accord 4-door 7-gen 3.0, city driving 8.5km/l
Nov 16, 2009
Akh Toriq Hampir Bunuh...

Musibah yang menimpa di dunia ini adalah dari Allah sebagai tanda kebaikannya untuk kita, musibah (hasil perbuatan dosa) yang ditangguhkan di akhirat pula sebagai tanda keburukan dariNya.
Tanpa sebarang musibah kini, aku terasa seakan dipinggir oleh Allah. Adakah Allah langsung tidak mengingatiku.Lantaran tiada ingatku terhadapNya.
Aku perlu cepat dan segera. Solat jumaat hari ini sekitar jam 1 tengahari. Kurang 10 minit lagi. KBC 8720 dipecut. kuasa 850 CC dijana sepenuhnya. Dari Wakaf Bharu, Masjid Kampung Sireh dituju. KBC akhirnya tiba di traffic light setelah lepasi jambatan sultan yahya petra. Aku tekad memecut, kerana seakan di laluanku lampu hijau terakhir. Stereng dipulas ke kanan. Tiba-tiba…..
SUMPAH HADIS
Alhamdulillah…kerana akhirnya aku menerima musibah.aku tenang sahaja keluar dari KBC. Semua pemandu memerhati KBC yang berada di atas divider jalan. Sebuah motosikal dirempuh. Namun tidak teruk. Pemandunya marah. Terus meminta kad pengenalanku. Dia ambil segala maklumat. Sambil kutahu, ammarahnya masih menyala. Apa tidaknya, kalau dia tidak cepat melompat menyelamatkan diri dari motosikalnya, pasti pahanya terpasuk di bawah KBC.paha akan patah.dia akan parah.ambulan akan datang. Insuran.atau aku hampir jadi pembunuh.ohh…gawat sungguh.Aku,aku tetap bersahaja menyerahkan kad pengenalanku. Walau rasa bersalah, aku tetap tenang. Kerana sumpah hadis itu seakan menjadi…
Jul 28, 2008
Sahkan Anda Pelajar Sakan

Terang Lampu, Kipas Ligat, Kami Memerah

kuning-kunig khemah di istirahah
Merah Syimagh, Putih Jubah

jam sekitar 9 pagi. perjalanan rupakan hanya 10 jam. takku sangka. anggapku 12 jam meleset. terus dengan sayyarah ujrah. lepaskan 20 rial. sampai jua aku ke hayy syubra. makhraj 24. ana terus ke sakan Khalid Syerfou. di sakan. berbincang seketika. kami putuskan untuk daftarkan nama kami terlebih dahulu. selesai,kami terus ke masjid. keringkan keringat. lepaskan lelah. perut kosong.seakan membisik kelaparan...mata mula berat melihat sekeliling...ZZzzzzz.....
Syeikh Abdullah Ibn Abdul Rahman Jibrein

Daurah Shoifiyyah, Riyadh

Dihalau dari Masjid
Teman sebilikku...sahman dari bisya, naif dan adnan yamani. Malam hari pertama daurah. Kami terpaksa biarkan kaki kami mencari tempat untuk melelapkan mata. siak masjid terpaksa kunci pintu masjid. tandas juga.Terpaksalah kami tinggal di anjung masjid dengan hawa panas. tanpa penghawa dingin dan kipas. panas dan lemas.ana, haris dan sahabat-sahabat lain dari peserta luar Riyadh yang kebanyakannya pelajar dari Afrika gundah-gundah. kemana hendak di tuju. Alhamdulillah, nasib agak baik kerana ana telah pun terlebih dahulu mendaftarkan diri juga pada daurah aqidah di masjid yang berdekatan. Jamai Syonaanie. ana ke sana dengan Haris. kami di sambut dengan nasi ayam dan tempat tinggal berhawa dingin. Allah bantu kami.
