Jul 28, 2008

Sahkan Anda Pelajar Sakan


malam terakhir, majlis konvokesyen. agak meriah. kehadiran Abdullah Rajhi sendiri. Di samping para penaja yang dari wizarah auqaf, maktab taawun dan lain-lain. pelajar cemerlang menerima laptop dan sekotak kitab. mereka hanya bertiga. selebihnya mumtaz menerima sekotak kitab dan DVD Player.Abdullah Rajhi bermurah hati memberikan saguhati kepada semua pelajar yang menyertai daurah. Wang sagu menyamai 3 bulan di Rabitah. ada juga bekal untuk ana bawa pulang ke tanah air. ilmu pengajian syeikh masih panas. buat buka selera rakan-rakan ku di malaysia nanti untuk bicara. di poket wang saku. beg bakal terisi dengan cenderahati buat saudara mara dan sahabat. rak-rak buku di rumah nampaknya perlu di beli yang baru. 4 kotak dari dar ifta' dan beberapa kotak dari wazirah auqaf akan di isi. misiku selesai. sebulan lambatkan tempoh pulang. Malaysia mula menggamit. tanah serambi mekah, kelantan. aku akan segera ke mekah dahulu. untuk ke serambi.bukan sebaliknya.

Terang Lampu, Kipas Ligat, Kami Memerah


hari-hari selama tiga minggu berlalu. padat sarat dengan pengajian. bermua setelah fajar.kami di hiadngkan dengan kitab zaadul mustaqni'. al-fiyyah al-iraqi menyusul. sunan ahmad kemudiannya. bagi sesi petang, setelah asar, minggu pertama, kupusan sekitar tasfir ibnu kathir, minggu kedua, aqidah tohawiyyah. minggu ketiga pula qasidah lamiyyah. maghribnya pula dengan fatawa humawiyyah. syarhu sunnah lil muzani pula setelah isya'. setiap hujung minggu, kami bersemuka pula dengan ujian.

kuning-kunig khemah di istirahah


Keesokan harinya, Jawatankuasa daurah Syeikh Jibrin meminta pelajar yang datang dari luar Riyadh yang belum mendaftarkan diri berbuat demikian. akhirnya kami di ambil gambar dan di berikan kad untuk menginap sakan. Allah bantu kami.

Merah Syimagh, Putih Jubah


hari pertama tiba, stesen naqal jamaie aziziyyah bandar riyadh.
jam sekitar 9 pagi. perjalanan rupakan hanya 10 jam. takku sangka. anggapku 12 jam meleset. terus dengan sayyarah ujrah. lepaskan 20 rial. sampai jua aku ke hayy syubra. makhraj 24. ana terus ke sakan Khalid Syerfou. di sakan. berbincang seketika. kami putuskan untuk daftarkan nama kami terlebih dahulu. selesai,kami terus ke masjid. keringkan keringat. lepaskan lelah. perut kosong.seakan membisik kelaparan...mata mula berat melihat sekeliling...ZZzzzzz.....

Syeikh Abdullah Ibn Abdul Rahman Jibrein


Daurah ini penting. Kerana kandungan perbincangan aqidah agak sarat. menarik juga dengan menampilkan kitab-kitab seperti Aqidah Tohawiyyah, Fatwa Humawiyyah, dan Syarah Sunnah. Setidaknya, semuanya ini bagai bekal untuk menghasilkan tasawwur, gambaran, buah fikiran berasas bagi kepulangan ana nanti. Malaysia. Kelantan.Kepulangan Dari Mekah ke Serambinya. Bumi wahyu, gegar sejarah panjangnya dengan dakwah musnah hancurkan kekufuran dan kesyirikan....."haris, kita pergi,tawakkal sahaja pada Allah". jauh pandangan haris kelihat kemungkinan yang akan berlaku. dia mengiyakan.Pasti Allah akan bantu.bukan senang hati nak kuat. musafir ke ibukota yang belum pernah kaki menjejah. pandangan belum terarah pelusuknya. Aqidah.....ASWJ...Khilaf ulama'...mujtahid...istiwa'...asma' wa sifat....

Daurah Shoifiyyah, Riyadh


Khalid dan Hamid mali, mereka berdualah yang memaklumkan kepada haris tentang adanya Daurah Syeikh Jibrin ini, di masjid Abdullah Al Rajhi,hayy Syubra,Riyadh. haris segera hubungi ana. "kita perlu ke sana"pintanya kepada ana. kami tidak lakukan apa-apa persediaan. sepatutnya, mereka yang berminat perlu memaklum terlebih awal kepada jawatankuasa. penganjur. terutama kepada mereka yang datang dari luar Riyadh. kerana sakan disediakan. Tapi ana dan haris tidak berbuat demikian. maklumlah kami agak terlewat menerima berita daurah ini. kami hanya dimaklumkan dua hari sebelum daurah di mulakan. kami tetap tekad untuk ke Riyadh. ibukota yang belum pernah dikunjungi. kami perlu ke Riyadh...Riyadh...Kuala Lumpur...samakah???ke situ pula yang ana gambarkan....


Dihalau dari Masjid

Teman sebilikku...sahman dari bisya, naif dan adnan yamani.
Malam hari pertama daurah. Kami terpaksa biarkan kaki kami mencari tempat untuk melelapkan mata. siak masjid terpaksa kunci pintu masjid. tandas juga.Terpaksalah kami tinggal di anjung masjid dengan hawa panas. tanpa penghawa dingin dan kipas. panas dan lemas.ana, haris dan sahabat-sahabat lain dari peserta luar Riyadh yang kebanyakannya pelajar dari Afrika gundah-gundah. kemana hendak di tuju. Alhamdulillah, nasib agak baik kerana ana telah pun terlebih dahulu mendaftarkan diri juga pada daurah aqidah di masjid yang berdekatan. Jamai Syonaanie. ana ke sana dengan Haris. kami di sambut dengan nasi ayam dan tempat tinggal berhawa dingin. Allah bantu kami.