Aug 23, 2010

Rekod PTPTN saya

pada tahun 2007, saya belum membuat sebarang pembayaran kerana masih menuntut.berikut ialah rekod pembayaran saya bermula dari 2007-Julai 2011

REKOD 2007
jumlah bayaran tahunan: -
jumlah kos pentadbiran tahunan: RM 780
nisbah pembayaran / kos pentadbiran: 0%

REKOD 2008
jumlah bayaran tahunan: RM 3 200
jumlah kos pentadbiran tahunan:777.22
nisbah pembayaran / kos pentadbiran:24.28%

REKOD 2009
jumlah bayaran tahunan: RM 2 100
jumlah kos pentadbiran tahunan: RM 712.14
nisbah pembayaran / kos pentadbiran:33.91%

REKOD SEHINGGA OGOS 2010
jumlah bayaran tahunan: RM 2 620
jumlah kos pentadbiran tahunan:RM 661.19
nisbah pembayaran / kos pentadbiran:25.23%

REKOD SEHINGGA JULAI 2011
jumlah bayaran tahunan: RM 510
jumlah kos pentadbiran tahunan:RM 366.06
nisbah pembayaran / kos pentadbiran:71.77%

JUMLAH PEMBAYARAN SEHINGGA JULAI 2011 : RM 8430

Aug 17, 2010

DINAR: Tun dan Tuan Guru Satu Idea

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.
Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik Aziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.
Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.
"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata," tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.
Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.
Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.
Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.
Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.
Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,
Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.
Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!
Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.
Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.
Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.
Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.
Maksudnya:
Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.
(Surah Ali Imran : 75)
Maksudnya:
Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...
Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.
Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.
Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.
Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).
Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.
Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.
Para Hadirin sekalian,
Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.
Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.
Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.
Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.
Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.
Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.
Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.
Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.
Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,
Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.
Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.
Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.
Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?
Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa," yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. - mks.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun urusniaga menggunakan dinar emas boleh mengelak manipulasi dan penipuan, tetapi malangnya tiada negara, termasuk negara Islam yang mahu melakukannya.

Bekas Perdana Menteri berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi Emas Dinar 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


Beliau berkata, seketika dahulu Malaysia pernah mahu menggunakan dinar emas dalam urusniaga tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana tiada negara lain yang sedia menjalankan urusniaga menggunakannya.

Bagaimanapun, beliau tidak membuat cadangan khusus supaya kerajaan menggunakan dinar dalam urusniaganya.

"Tetapi kita masih boleh melaksanakannya hari ini kerana Dolar Amerika tidak ada nilai," katanya kepada wartawan.

Beliau berkata, dinar emas tidak sama dengan matawang kerana kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa.

Katanya, dinar juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dari urusniaga harian sehingga kepada urusan perkahwinan dan ibadah haji.

Bagaimanapun, katanya, untuk menjadikan dinar emas sebagai wang alternatif perniagaan bukanlah mudah kerana ia boleh menyebabkan ekonomi negara gagal atau musnah.

Sementara itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, sekalipun Malaysia menggunakan dinar emas, namun sistem perdagangan lama terus digunakan.

"Apabila kita memperkenalkan perbankan Islam, sitem perbankan lama masih dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, Bank Pusat patut menerima bayaran dari pengimport di dalam negeri dan dan digunakan untuk membayar kepada pengekport dari negara sama.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, dinar emas masih mempunyai masalah iaitu dari segi pengangkutan kerana ia sangat berisiko.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, umat Islam hari ini menjadi lebih kaya dari sebelumnya, khususnya dari segi pendapatan dalam dolar Amerika, tetapi tidak menggunakan sistem perbankan ataupun atau wang untuk kepentingan mereka.

Menurut Dr Mahathir, mereka sebaliknya menyimpan wang di negara luar khususnya di Amerika yang digunakan oleh kuasa besar itu untuk membunuh orang Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan.

"Saya kira para ulama perlu mengeluarkan fatwa bagaimanakah hukumnya orang Islam yang menyimpan wang di Amerika yang kemudiannya digunakan untuk membunuh orang Islam sendiri," katanya.

Turut serta dalam persidangan yang dianjurkan Institut Penyelidikan dan Kajian Startegik Kelantan (KRISS) dengan kerjasama Marslio adalah penasihat-penasihat kewangan Bank-Bank tempatan, pakar-pakar ekonomi luar negeri dan tempatan serta pelajar-pelajar ekonomi Universiti tempatan dan antarabangsa.

dipetik dari: http://www.zaharuddin.net/content/view/554/63/

cara buat rayuan pertukaran guru

cara bt rayuan
xde peraturan untuk bt rayuan. tapi sy suka blajar dr rakan2. tgk diorg isi n bt.
Ape yg sy anta ialah :
1. salinan permohanan etukar yg di print dr internet ms isi etukar dulu
2. surat rayuan (surat rasmi bt sndiri je. nyatakan permohonan xberjaya. sebab nk
tukar. pilih negeri baru jika rs negeri yg dipohon sblm ni penuh)
3. surat keizinan suami (jika mohon di negeri yg lain dr tempat suami tinggal) surat ni penting gak.penah mmber sy xdpt tukar hanya krn xde surat ni. surat bt sendiri
gak. format surat rasmi biasa je. nie kisah benar . sy sendiri ikut kwn bt rayuan
ke putrajaya ms tu. thn 2006. lpas bt surat nie, mmbr tu trus dpt blk penang.
4. surat pengesahan majikan suami. (utk sahkan tmpat suami bertugas)
5. salinan sijil nikah

yg penting, kte mesti cukup syarat iaitu cukup tempoh, ikut suami, ada fmly sakit dll. kalo cukup syarat, muka xmalu nk berdpan dgn pengawai rayuan tu coz alasan dh kukuh.

negeri yg dipilih mesti ada kekosongan. cuba tnya rakan2 yg berpengalaman negeri mane lg yg ssh msk..
semua dokumen lengkap n disokong pengetua. (caranya minta pengetua cop, tandatgn n tulis 'disokong' pada surat rayuan yg kite bt tu.

cara hantar :

1. pd surat rayuan yg kte bt tu,alamat ke putrajaya, di akhir sekali tulis s.k Jabatan
Pelajaran Negeri.... dan Pejabat Daerah ....... yg asal anta ke putrajaya,fotostat 1
salinan pos ke JPN, 1 salinan lg pos ke PPD.

pastikan data emis kte di sekolah adalah yg terkini. rujuk guru data sek masing2.

nie yg sy usaha kan. sntiasa prihatin dgn tarikh2 tertentu. coz byk kes lewat dpt maklumat.kalo rajin cal bhagian pertukaran putrajaya untuk info terkini.guru data n media di sek biasanya tahu tentang tarikh2 pertukaran.

sy hanya dpt berkongsi pengalaman ni.gud luck untuk yg nk mencuba thn dpan.sy doakan.amin. soe xdpt emailkan ape2 dokumen coz kompter sy br je di format...

wah... panjang lebar btl info sy. nie br btl2 guru. hahahaha. jgn boring bc ek

petikan dari: http://www.bicaraguru.com/showthread.php?578-rayuan-saya-berjaya-(SRWK-KE-KL)-utk-Jan-2010

Aug 9, 2010

Seruan Kepada Pejuang Aqidah

sila rujuk kandungan ini:http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/fatwa_esq.pdf

antara Kronologi Pengharaman ESQ

1-3 Ogos 2008
Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM telah
menghantar beberapa orang pegawai untuk menghadiri
kursus ESQ di Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor.
Ini adalah bagi menjalankan kajian dan siasatan
terhadap kursus ini selepas menerima aduan daripada
orang ramai yang bertanyakan tentang status kursus
tersebut atas alasan wujud kesangsian dan keraguan
dalam metodologi atau pendekatan yang dilakukan.

28 Ogos 2008
Perbincangan tentang isu berkenaan ESQ telah
dibentangkan di dalam Mesyuarat Panel Kajian Akidah
JAKIM (PKA) Kali Ke-38. Mesyuarat ini telah
memutuskan perkara-perkara berikut:
a) Terdapat keraguan-keraguan yang dikhuatiri
boleh menyelewengkan akidah di dalam kursus
tersebut; dan
b) Doktrin bahawa kebenaran boleh diperolehi
melalui pengalaman/pencarian (termasuk oleh
para nabi) perlu dijadikan asas kepada
penyelewengan ESQ.

14 Oktober 2008
Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA)
berkenaan ESQ telah diadakan. Mesyuarat ini telah
bersetuju dengan pembentangan oleh ahli PKA, Prof.
Madya Dr. Mohd. Fauzi bin Hamat bahawa keraguankeraguan
yang dikhuatiri boleh menyelewengkan
akidah di dalam kursus ESQ adalah wujud
sebagaimana yang telah dibentangkan oleh urusetia
JAKIM pada mesyuarat PKA Kali Ke-38.

10 Februari 2009
Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA)
berkenaan ESQ telah diadakan sekali lagi. Mesyuarat ini
telah menyenaraikan penyelewengan-penyelewengan
yang terdapat di dalam ESQ sebagaimana berikut:
a) Kursus ESQ akan mewujudkan golongan yang
mengakui kewujudan nabi baru berdasarkan
ideologi yang diterapkan;
b) Kursus ini mengajar bahawa akal adalah lebih
besar daripada wahyu;
c) Kursus ini banyak menggunakan istilah-istilah
agama yang ditafsirkan menggunakan tafsiran
bebas tanpa disiplin;
d) Teori suara hati di dalam kursus ini boleh
mengelirukan orang awam; dan
e) Kursus ini cuba mencampuradukkan perbincangan
tentang hakikat kewujudan antara falsafah Islam
dan Barat.
Mesyuarat telah mengambil keputusan bahawa
Kursus ESQ Leadership Training anjuran Ary
Ginanjar Agustian perlu disekat dan diharamkan dari
beroperasi di Malaysia dan kertas kerja
berkenaannya diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia.

02 April 2009
Pihak JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan Ary
Ginanjar Agustian, pengasas ESQ Leadership Centre
bertempat di Dewan Syura JAKIM, Blok D7, Kompleks
D, Putrajaya dan telah menyimpulkan bahawa:
a) Ary Ginanjar Agustian masih bertegas dengan
pendiriannya menggunakan pendekatan sumber
manusia (human resource) gaya Barat untuk
mengembangkan konsep pembinaan sumber
manusia yang dikatakan berasaskan Islam;
b) Beliau sukar menerima hakikat bahawa ajaran
Islam perlu dirujuk kepada sumber-sumber Islam
yang berautoriti seperti kitab-kitab tafsir dan Hadis;
c) Beliau lebih banyak berhujah bahawa beliau
adalah benar dengan menggunakan sentimen
sokongan daripada badan-badan Islam di
Indonesia, golongan korporat dan tokoh-tokoh
kenamaan di dalam kerajaan dan swasta;
d) Beliau tidak akan berganjak dengan modul ESQ
yang sedia ada dengan pernyataan beliau bahawa
beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk
mengeluarkan ayat-ayat Al-Quran bagi modul di
Malaysia tetapi tidak di negara lain; dan
e) Beliau telah mengeluarkan kenyataan yang
berunsur ugutan dan amaran seperti meletakkan
beberapa pilihan kepada JAKIM termasuk menarik
diri dari Malaysia sekiranya ESQ diharamkan.

21-23 April 2009
Kertas kerja berkenaan kedudukan Kursus ESQ
Leadership Training di Malaysia, yang telah diteliti oleh
Panel Kajian Akidah JAKIM (PKA), telah dibentangkan di
dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-86. Muzakarah ini telah memutuskan bahawa faktafakta
yang dikemukakan di dalam kertas kerja
tersebut adalah sekadar suatu kemungkinan sahaja
dan tidak boleh dijadikan asas penentuan hukum.
Oleh yang demikian, satu jawatankuasa pemantau luar
perlu dilantik oleh JAKIM untuk menilai aktiviti ESQ
Leadership Training di Malaysia.

23-25 Jun 2009
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 telah
memutuskan bahawa kajian lanjut oleh panel pemantau
perlu diteruskan. Muzakarah juga turut bersetuju dan
membenarkan kursus-kursus ESQ diteruskan
sehingga hasil kajian diperolehi.

17 Ogos 2009
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum
Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-75 telah
memutuskan bahawa Kursus ESQ Leadership
Training adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.
Keputusan ini adalah berpandukan kepada kertas
kerja yang telah disediakan oleh Bahagian
Penyelidikan JAKIM dan berdasarkan keputusan
Mesyuarat Khas Panel Kajian Akidah JAKIM pada 10
Februari 2009.

02 Oktober 2009
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 telah
diadakan. Muzakarah dimaklumkan bahawa pihak ESQ
Leadership Training telah menubuhkan Panel Syariah
ESQ yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato’ Mustafa
bin Abdul Rahman. Walau bagaimanapun, tiada tarikh
perlantikan dikemukakan. Muzakarah ini masih
bersetuju dan membenarkan kursus-kursus ESQ
diteruskan sehingga hasil kajian oleh Panel
Pemantau ESQ diperolehi.

14-16 Disember 2009
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-89 telah diadakan. Muzakarah ini masih bersetuju
dan memperakukan bahawa kursus-kursus ESQ
diteruskan sehingga hasil kajian oleh Panel
Pemantau ESQ diperolehi.

01 Mac 2010
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 telah
mengambil maklum tentang kertas laporan yang telah
disediakan oleh Panel Pemantau ESQ. Berdasarkan
kajian yang telah dijalankan, panel ini telah menemui
beberapa unsur yang bercanggah dengan pegangan
Ahli Sunnah Wal Jamaah di dalam kursus ESQ
seperti pluralisme agama, pengaruh Universal Sufi
Order, al-fayd, suara hati dan katarsis. Kajian ini
juga mendapati terdapat kekeliruan dari aspek
penggunaan istilah-istilah seperti God Spot, Zero
Mind Process, fitrah dan Conscience. Walaupun
begitu, muzakarah masih belum membuat sebarang
keputusan mengenai ESQ kerana menganggap hasil
penemuan tersebut adalah zhanni.

14 April 2010
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
telah bersetuju membuat rumusan awal bahawa hasil
penemuan oleh Panel Pemantau ESQ adalah zhanni
yang masih boleh dijelaskan. Muzakarah juga
bersetuju bahawa keputusan terhadap Kursus ESQ
Leadership Training akan diputuskan di dalam
muzakarah yang akan datang.

dipetik dari: http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/KRONOLOGI_FATWA_ESQ.pdf