Sep 11, 2015

Laman Sesawang E-Jurnal dan E-Tesis

Assalamualaikum, saya senaraikan di sini link laman sesawang e-jurnal dan e-tesis untuk rujukan penyelidik, pengkaji dan pelajar yang sedang tercari-cari rujukan atau sorotan literasi untuk kajian mereka. Bismillah, mulakanlah pelayaran anda....

1. Pustakan UTHM : laman ini akan menyenaraikan berpuluh URL e-jurnal dalam pelbagai bidang.

2. E-Tesis DBP : beberapa tesis tersedia untuk anda dalam kuantiti terhad. cuma dulu. mana lah tahu , yang dicari akhirnya ketemu.


3. Pustaka Tuanku Bainun UPSI : laman ini menghimpunkan puluhan URL e-jurnal,e-book dan e-tesis dari serata dunia.

4.IKIM : nak carian ilmiah khas berkaitan kajian-kajian yang dihasilkan oleh Intitut Kefahaman Islam Malaysia.

5.ERIC : soo powerful website!!! dengan paparan seakan google, click aje key word carian anda, anda akan di bawa ke sasarannya. tapi semua artikel dalam bahasa inggeris.

6. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari : Para ustaz/ah pasti akan bersyukur bila dilinkkan ke website ni.banyak juga artikel berkaitan islam di sini. jangan lupa untuk click "in all journal" berhampiran dengan search button nya. selamat belayar.

7. DART Europe : walaupun beralamatkan Europe,tapi laman sesawang ni berupaya untuk cari apa sahaja keyword yang anda inginkan. Termasuk yang berkaitan dengan agama Islam. anda ada di paparkan dengan abstrak kajian dahulu, pada ruang bawah tercatat "Identifier" akan bawa anda ke fail .pdf kajian tersebut.apa lagi downoad ajelah .malu plak ye....

8.UNIMAS : agak menarik laman ni. ye ke? cubalah dulu...jika sedap beritahu kawan,jika tak sedap ?? beritahu kawan jugak laaa!!!


9.UiTM : ewah-ewah,penat dah nak komen pasal setiap laman sesawang ni, boleh anda click "Free e-journals" jap.ha..baru jumpa artikel yang nak dicarikan.


10.UM : Yang ni pun banyak juga untuk bidang agama Islam.


11.Tesis dan Jurnal Universiti Malaya : ni lagi ok,semua tajuk tesis master PhD boleh tengok sini aje.

12.Senarai web dari Perpustakaan UIAM : ni UIAM tolong senaraikan kepada anta laman sesawang yang menyediakan e-jurnal dan e-tesis.

13.Jurnal-jurnal Oleh UPM : ni pulak UPM tolong kumpulkan senarai jurnal-jurnal UPM. saudara mara anda yang minat bertani, boleh datang kat sini.