May 7, 2016

ANALISIS PILIHAN RAYA SARAWAK 2016


RUMUSAN UMUM
1)Walaupun DAP masih kuat di SARAWAK tetapi kekuatan mereka semakin merosot disebabkan perpindahan undi Cina kepada BN berlaku dan sokongan Bumiputera juga tidak menunjukkan peningkatan.

2) PKR menunjukkan peningkatan jumlah undi diterima. Berlaku peningkatan terimaan undi bumiputera.

3) Jika berlaku pertembungan kerusi antara DAP dan PKR di kawasan majoriti Cina, elok serah kepada DAP

4)   Jika berlaku pertembungan kerusi antara PKR dan PAS, elok serah kepada PKR

5)   Jika berlaku pertembungan kerusi antara PAS dan AMANAH,elok serahkan kepada PAS

6) Parti Bumiputera berpotensi tewaskan BN mengikut kekuatan ialah PKR, PAS dan AMANAH.

ANALISIS KERUSI REBUTAN DAP DAN PKR
·      DAP ternyata pemenang kepada kerusi-kerusi yang menjadi perebutan dengan PKR di 6 dun iaitu ; Mambung, Ngemah, Mulu, Murum, Batang Kitang, Simanggang, kerana faktor berikut ;

o  Jumlah undi diterima DAP di kerusi-kerusi tersebut ialah 9388 undi manakala undi diperoleh PKR ialah 7059 undi

o   DAP memperoleh undi lebih besar berbanding PKR di Batu Kitang dengan 4626 undi berbanding PKR memperoleh 883 undi. Lima kerusi lagi masing-masing memperoleh perbezaan undi yang tidak ketara

·     Hanya dua kerusi berpotensi untuk gabungan DAP dan PKR menumpaskan BN iaitu Mambong dan Batu Kitang kerana jumlah undi diterima kedua-dua parti hampir menyamai jumlah undi diterima BN. Di Mambong gabungan DAP dan PKR memperoleh 5473 manakala BN memperoleh 6161. Di Batu Kitang gabungan DAP dan PKR memperoleh jumlah undi sebanyak 5509 manakala BN memperoleh 6466 undi.

ANALISIS KERUSI BN MENANG TIPIS
·        BN memenangi kerusi dengan majoriti kurang 1000 undi di 6 kerusi iaitu Telan Usan, Ngemah, Pakau, Melaun dan Repok.

·    Pesaing kuat BN di kerusi tersebut ialah PKR di kerusi Telan Usan (majoriti sebanyak 167 undi), DAP di Pakau (majoriti 426 undi), Repok (majoriti 943 undi). Bebas pula pesaing BN di kerusi Meluan dengan 2 calon bebas memperoleh jumlah undi mengatasi undi diperoleh calon BN iaitu sebanyak 3620 undi berbanding BN sebanyak 3363 undi. Satu kerusi lagi ialah di Ngemah (majoriti 154 undi).

ANALISIS KERUSI REBUTAN PAS DAN AMANAH
·    Berlaku pertembungan kerusi antara PAS dan AMANAH di 5 kerusi iaitu di Sebuyan, Sadong Jaya, Samariang, Muara Tuang dan Beting Baro. AMANAH perlu lepaskan kepada PAS untuk menewaskan BN kerana ;
o   Jumlah undi diperoleh PAS di kelima-lima kerusi tersebut ialah 6086 undi berbanding AMANAH memperoleh 1578 undi.
o   Undi tertinggi diperoleh AMANAH ialah di Muara Tuang (765 undi) dan undi terendah diperoleh di Beting Baro (103 undi)
o   PAS mampu menjadi pesaing kuat BN di Beting Baro dengan majoriti sebanyak 1707 undi.

ANALISIS KERUSI REBUTAN BN DAN AMANAH
·         AMANAH mampu menjadi pesaing BN jika bertembungan dua penjuru dengan BN. Jumlah undi diperoleh AMANAH di kerusi Balingian, Demak Laut, Jemoreng, Kabong dan Gedong ialah 4771 undi manakala BN sebanyak 26964. Undi tertinggi diperoleh ANAMAh ialah di Kabong (1484 undi) dan undi terendah diperoleh di Jemoreng (187).

ANALISIS KERUSI REBUTAN PAS DAN PKR
·         PAS perlu beri laluan kepada PKR bagi memberi saingan 2 penjuru kepada BN. Ini kerana jumlah undi diperoleh PKR (6580 undi) lebih tinggi berbanding jumlah undi diperoleh PAS (1717 undi). PAS dan PKR saling bersaing di tiga kerusi melawan BN iaitu di kerusi Kakus, Lambir dan Jepak


##kredit untuk akhbar sinar harian. Sumber rujukan http://www.sinarharian.com.my/politik/keputusan-prn-11-sarawak-1.518278 yang dirujuk pada 8 Mei 2016