HADIS KERAMAT
Ustaz Suzani masih kuat semangatnya untuk pelajari ilmu agama. Peluang syeikh muhaiman menjadi tenaga pengajar di MTAQ, dipergunakan sepenuhnya. Sambil tangannya menulis makna yang diterjemahkan oleh syeikh muhaimin, sambil itu pula perhatian saya tertumpu pada matan-matan hadis itu. Sambil hati menumpu. Pada makna-makna yang terkandung. Hati seakan terpaku. Termenung juga. Tafakkur panjang. Cuba melihat ke dalam diri. Hadis itu bagiku cukup mengusik hati.
Musibah yang menimpa di dunia ini adalah dari Allah sebagai tanda kebaikannya untuk kita, musibah (hasil perbuatan dosa) yang ditangguhkan di akhirat pula sebagai tanda keburukan dariNya.

MUHASABAH
Tanpa sebarang musibah kini, aku terasa seakan dipinggir oleh Allah. Adakah Allah langsung tidak mengingatiku.Lantaran tiada ingatku terhadapNya.

PECUT LAMPU MERAH
Aku perlu cepat dan segera. Solat jumaat hari ini sekitar jam 1 tengahari. Kurang 10 minit lagi. KBC 8720 dipecut. kuasa 850 CC dijana sepenuhnya. Dari Wakaf Bharu, Masjid Kampung Sireh dituju. KBC akhirnya tiba di traffic light setelah lepasi jambatan sultan yahya petra. Aku tekad memecut, kerana seakan di laluanku lampu hijau terakhir. Stereng dipulas ke kanan. Tiba-tiba…..
SUMPAH HADIS
Alhamdulillah…kerana akhirnya aku menerima musibah.aku tenang sahaja keluar dari KBC. Semua pemandu memerhati KBC yang berada di atas divider jalan. Sebuah motosikal dirempuh. Namun tidak teruk. Pemandunya marah. Terus meminta kad pengenalanku. Dia ambil segala maklumat. Sambil kutahu, ammarahnya masih menyala. Apa tidaknya, kalau dia tidak cepat melompat menyelamatkan diri dari motosikalnya, pasti pahanya terpasuk di bawah KBC.paha akan patah.dia akan parah.ambulan akan datang. Insuran.atau aku hampir jadi pembunuh.ohh…gawat sungguh.Aku,aku tetap bersahaja menyerahkan kad pengenalanku. Walau rasa bersalah, aku tetap tenang. Kerana sumpah hadis itu seakan menjadi…

" إن الله تعالى إذا أراد بعبد خيرا عجل له العقوبة في الدنيا ، وإذا أراد بعبد شرا أمسك عليه بذنبه حتى يوافيه يوم القيامة"
(مستدرك على صحيحين)