Oct 26, 2010
Modul Program Remaja
MODUL 1: “happy birthday”
peserta dibahagikan beberapa kumpulan mengikut bulan kelahiran. Kemudian, setiap kumpulan diberikan sehelai kertas dan marker. Setiap kumpulan dikehendaki menulis peristiwa paling bersejarah dalam bulan kelahiran mereka itu.kebiasaannya, setiap kumpulan akan menyenaraikan semua peristiwa bersejarah yang berlaku dalam bulan kelahiran mereka. Tapi yang paling penting ialah peristiwa “saya / kami dilahirkan”. Moral modul ini, untuk mensyukuri kewujudan peserta sebagai khalifah Allah dan menghargai jasa ibu bapa.
MODUL 2 : “roket telur”
setiap kumpulan diberikan beberapa batang straw, sale tape, sebiji telur. Setiap kumpulan diberikan masa beberapa minit untuk membina satu replika roket menggunakan perkara-perkara yang telah diberikan. Kemudian setelah siap, fasilitator akan menguji replika tersebut dengan melambungnya ke udara. Kumpulan yang telur didalam replika roketnya tidak pecah adalah kumpulan yang berjaya.
MODUL 3 : “clip ajaib”
setiap kumpulan diberikan beberapa buah clip kertas dan sebuah baldi. Setiap kumpulan perlu terlebih dahulu mengisi air di dalam baldi. Setiap kumpulan perlu pastikan clip yang diberikan tidak tenggelam di dalam air tadi. Lebih banyak clip yang tidak tenggelam,lebih cerah peluang untuk menang.
MODUL 4 : “bola busuk beracun”
peserta diberikan sebiji bola beracun. Semua peserta bebas untuk bermain apa saja permainan menggunakan bola beracun tersebut. Setiap jenis permainan hanya diperuntukkan masa selama 10-15 minit sahaja. Setelah semua permainan selesai, peserta dikehendaki membuka kandungan di dalam bola beracun itu. Kandungan di dalam bola beracun itu adalah sampah yang busuk. Moral dari modul ini adalah untuk menggambarkan dunia yang beracun inilah manusia selalunya leka. Leka dengan permainan yang dapat dihasilkan darinya. Sedangkan kandungan permainan itu adalah busuk dan menjijikkan.
MODUL 5 : “dadu ibrahim pendek: kita tengok siapa yang kena!”
peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki berbaris dan dikehendaki memegang bahu atau pinggan rakan yang berada dihadapan mereka. Kemudian setiap kumpulan akan diberikan sebiji dadu yang besar mengandungi 6 nombor. Setiap kumpulan dikehendaki membaling dadu secara bergilir-gilir oleh setiap ahli kumpulan. Mana-mana kumpulan yang memperolehi angka ganjil dikehendaki secara berkumpulan mundur kebelakang mengikut jumlah bilangan dadu yang dierolehi. Manakala perolehan angka genap pula, kumpulan tersebut dikehendaki mara ke hadapan. Mana-mana kumpulan yang paling awal sampai dikira pemenang. Kebiasaannya, bila mara ke hadapan, setiap ahli kumpulan akan membuka langkah yang luas.manakala ketika mundur pula, kebiasaannya mereka akan kecilkan langkah mereka. Moralnya, inilah lumrah dunia. Jika menguntungkan manusia, mereka akan cepat-cepat ingin mencapainya. Tapi bila merugikan, mereka cuba mengelakkannya.
MODUL 6 : “main lego!”
setiap kumpulan akan diberikan satu set lego dan mereka dikehendaki membina satu monument yang mereka fikirkan sesuai sebagai lambing kebanggaan kumpulan mereka. Kemudian, semasa membina monument tersebut, fasdilitator akan memberi sekeping kertas yang mempunyai monbor 0 hingga 6 kepada beberapa orang ahli dalam kumpulan itu. Mana-mana ahli yang mendapat nombor 0, mereka ditugaskan untuk menjadi pengkhianat dalam kumpulan dengan mengagalkan tugasan kumpulan. Bilangan pengkhianat adalah bergantung kepada kebarangkalian kumpulan tersebut mendapat nombor 0. manakala peserta yang memegang nombor 1 hingga 6 pula, mereka dikehendaki menjadi mengintip dalam mengenalpasti siapakah di antara ahli kumpulan yang menjadi pengkhianat. Seterusnya mereka dibenarkan untuk mendakwa dan membuat pertuduhan kepada mahkamah yang diwakili oleh pihak fasilitator. Setelah selesai monument, semua kumpulan dikehendaki menyerahkan hasil kerja mereka kepada pihak fasilitator dan dipamerkan dihadapan semua kumpulan. Setelah semua monument dikumpulkan, kumpulan-kumpulan dikehendaki mengambil monument dari kumpulan lain yang telah ditetapkan oleh fasilitator dan mereka dikehendaki merombakkan hasil monument kumpulan tersebut dan membinanya kembali sebagaimana asal. Tugas mengintip pengkhianat masih diteruskan. Setelah pembinaan semula siap, semua monument dikehendaki dikumpulkan dihadapan. Setelah itu, kumpulan asal monument akan menilai tahap kejayaan kumpulan lain membina kembali monument mereka. setelah semuanya selesai,peserta-peserta yang dituduh sebagai pengkhianat akan dihadapkan ke muka pengadilan dan akan melalui proses pendakwaan. Moral dari modul ini. Dalam melakukan kerja berkumpulan kita disarankan agar tidak mempunyai buruk sangka kepada ahli kumpulan kita. Bahkan utamakan kepada memfokus kerja yang diberikan. Sebenarnya, di dalam modul ini, tidak ada seorang pun peserta yang menerima nombor 0!!tapi ada kumpulan yang mempunyai sehingga 3 yang didakwa sebagai pengkhianat!!
MODUL 7 : “rahsia tong sampah”
setelah melalui beberapa modul, kini jumlah markah terkumpul setiap kumpulan telah diperolehi. Walau bagaimanapun, setiap kumpulan masih dibenarkan untuk menambah jumlah mata yang mereka perolehi. Caranya ialah dengan mengenalpasti kandungan barang yang ada di dalam tong sampah yang akan ditunjukkan oleh fasilitator. Hanya seorang wakil bagi setiap kumpulan dibenarkan untuk membuat pengecaman itu. Setelah membuat pengecaman, wakil kumpulan dikehendaki kembali kepada kumpulan masing-masing dan menjelaskan kepada rakan mereka tentang kandungan di dalam tong sampah itu. Mereka pasti akan memberi jawapan tiada apa-apa yang ada di dalam tong sampah itu dan itulah hakikatnya. Seterusnya mereka dikehendaki menyenaraikan sebanyak mungkin faedah yang boleh dihasilkan dari tong sampah. Dan setiap satu faedah, akan diganjari dengan 10 mata. Di akhir sesi, beberapa kesimpulan dapat difahami. di antaranya, manusia terlalu tamak untuk kaya dan banyakkan harta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk mengiyakan sesuatu sebagai baik dan mempunyai banyak faedahnya walaupun tong sampah hanyalah berfungsi sebagai tempat menyimpan sampah!!
MODUL 8 : “buta, celik semula”
peserta dipasangkan. Seorang bertindak sebagai sibuta dengan mata diikat dengan kain. Manakala seorang lagi bertindak sebagai pemandu kepada si buta. mereka berdua akan melalui perjalanan yang cukup mencabar. Melalui jalan raya, kolam lumpur, mendaki bukit dan menuruninya. Mereka terlebih dahulu diberi masa untuk berbincang secara sepakat tentang isyarat yang akan digunakan disepanjang penjelajahan mereka. Setelah mengharungi lebih sejam peralanan, di mana semua pasangan telah tiba di dewan atau di satu lokasi lapang, kedua pasangan si buta dan pemandu diarahkan untuk diasingkan. Sibuta berada di sebelah kanan dan si pemandu berada di sebelah yang lain. Setelah itu, dalam keadaan si buta masih belum lagi dibukakan matanya, si pemandu di kehendaki membunyikan satu suara untuk dicam oleh sibuta. Jika sibuta berjaya membuat pengecaman, mereka berdua dibenarkan untuk bersama. Seterusnya, bagi pasangan yang masih belum dapat bersama, sibuta dibenarkan pula untuk memeluk sipemandu untuk membuat pengecaman secara sentuhan fizikal.setelah berjaya membuat pengecaman, barulah kain penutup mata sibuta dibenarkan untuk dibuka. Dan si buta akhirnya mampu kembali melihat dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment