Semua dah maklum,yang kita boleh keluarkan wang KWSP akaun 2 untuk beberapa tujuan kecemasan seperti kesihatan, pendidikan, dan pembelian rumah. Secara asasnya, kemudahan ini baik untuk pencarum terutamanya bila berada dalam keadaan kecemasan atau terdesak memerlukan wang. Tapi, bagi mana-mana pencarum yang tidak mencapai tahap SANGAT PERLU untuk mengeluarkan wang dalam akaun tersebut DINASIHATKAN supaya tidak melakukannya. ANDA AKAN RUGI!!!
Bagaimana? Ikuti pengiraan dan maklumat yang saya perolehi diakunter KWSP beberapa hari lepas…
Setiap bulan,sebaik anda mendapat gaji, KWSP anda akan bertambah.KWSP tersebut datang dari dua sumber.pertama Syer Majikan dan yang kedua Syer Pekerja. Dari jumlah keseluruhan itu,
Majikan mencarum sebanyak 60 % dan perkerja mencarum 30%.
Sebagai contoh :
Jumlah keseluruhan caruman akaun KWSP encik Azreen pada bulan Jun 2011 ialah:
RM 1000. ini bermakna, RM 600 datangnya dari Majikan dan RM400 adalah dari gajinya sendiri.
INGAT!!!
Syer majikan = 60 %
Syer Pekerja = 40 %
Seterusnya, ke akaun mana jumlah tersebut disalurkan dan berapa jumlah bagi setiap akaun?
Dari jumlah RM 1000 tadi, RM 700 dimasukkan ke dalam akaun 1 dan bakinya ke dalam akaun 2. ini bermakna 70% di salurkan ke dalam akaun 1 dan 30% dalam akaun 2.
INGAT!!!
Akaun 1 = 70%
Akaun 2 = 30%
Apa pula fungsi akaun 1 dan akaun 2?
Menurut website KWSP menyatakan Akaun 1 bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan dan pelaburan anda sahaja, dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum anda mencecah usia 55 tahun, hilang upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia.
Akaun 2 pula, Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk membantu anda membuat persediaan bagi persaraan yang selesa. Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan:
• mencecah umur 50 tahun;
• pembayaran pendahuluan pembelian rumah pertama;
• penyelesaian baki pinjaman perumahan - rumah pertama;
• pembiayaan pendidikan anda dan anak-anak anda;
• menampung kos perubatan bagi anda dan anak-anak anda
dan perlu diingatkan juga. Bagi mereka yang akan mengambil skim pencen, mereka boleh mengeluarkan(menutup akaun) wang KWSP mereka dengan 45% dari jumlah keseluruhan Tabungan (jumlah akaun 1 dan akaun 2). Manakala bakinya akan diserahkan kepada majikan.
INGAT!!!
Pekerja = 45%
Majikan = 55%
katakan setelah 2 tahun bekerja, barapakah jumlah caruman anda dalam KWSP anda?berapakah pula jumlah caruman dari majikan anda?
Mari kita lihat berdasarkan contoh KWSP encik Azreen tadi.
Jumlah sumbangan encik azreen ialah:
RM400 X 2 X 12 = RM9 600
Jumlah sumbangan majikan:
RM600 X 2 X 12 = RM 14 400
Jumlah keseluruhan caruman
RM9 600 + RM 14 400 = RM 24 000
Berapa pula jumlah dalam akaun 1 dan akaun 2 ?
Akaun 1:
RM24 000 X 70 % = RM 16 800
Akaun 2 :
RM24 000 X 30 % = RM 7 200
Berapa jumlah KWSP yang encik Azreen perolehi jika dia ingat mengeluarkan kesemua KWSP miliknya kerana dia memilih skim berpencen?
RM 24 000 X 45% = RM 10 800
Kesimpulan…
Jika encik azreen mengeluarkan KWSPnya kerana ingin membuat bayaran pendidikan seperti bayaran PTPTN sebagai contohnya, maka dia boleh mengeluarkan KWSP dari akaun 2 yang berjumlah RM 7 200. sedangkan dalam tempoh yang sama dia telah mencarum sebanyak RM 9 600. sebaiknya, dia bersabar sedikit sahaja lagi dengan mengeluarkan kesemua KWSPnya (dengan menutup akaun KWSP) kerana memilih skim pencen. Maka pada ketika itu, dia akan memperolehi RM 10 800 sedangkan dia jumlah caruman sumbangan peribadinya berjumlah RM 9 600.
Ringkasnya:
Jumlah caruman peribadi : RM 9 600
Jumlah pengeluaran untuk tujuan seperti pendidikan : RM 7200
Jumlah pengeluaran kerana memilih skim berpencen : RM 10 800
Feb 11, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)