Mar 10, 2011
Selamanya Dalam Hidupku
Di saat ini,
Abang bersyukur pada Allah,
kerana menghadiahkan sayang dalam hidup abang,
Kini,
sayang akan dapati abang sentiasa di sisi,
Dan sentiasa bermesra dengan sayang,
Tiada lagi ruang masa untuk kita berpisah,
Saat ini,tika berdekatan di hati sayang,
abang ingin membisikkan ayat-ayat cinta pada sayang,
Hanya untuk sayang tahu,
Apa yang selama ini tersembunyi di hati abang,
Sayang,
ketahuilah,
Sayang telah membuka pintu hati abang,
Kepada hakikat sebenar cinta,
Hakikat indahnya bercinta,
Sebelum ini,
Abang anggap cinta adalah satu kesalahan,
Namun semuanya telah berubah dengan kehadiran sayang,
Cinta bersama sayang adalah indah, murni dan mulia,
Selama-lamanya dalam hidup abang nanti,
Abang akan sentiasa di sisi sayang,
Menemani sayang dengan kejujuran dan keikhlasan,
Selamanya sehingga akhir hayat abang,
Selamanya juga abang mencintai dan menyayangi sayang,
Selama-lamanya jua,
sepanjang bersilih ganti siang dan malam,
Abang akan terus bersyukur pada Allah,
Kerana telah membuka pandangan abang,
Tentang hakikat indahnya bercinta,
Untuk itu,
Dari kini dan selama-lamanya,
Abang akan sentiasa bersama sayang,
Abang tahu jauh di dasar sukma ini,
Abang merasakan kerahmatan bila abang rindukan sayang,
Lalu abang sentiasa harapkan,
Agar Allah merahmati setiap saat-saat indah,
Dalam hidup yang akan kita lalui bersama nanti,
Sayanglah isteri abang,
Teman hidup abang,
Pemberi semangat buat abang,
Dan abang doakan semoga kita akan sentiasa bersama,
Selamanya…
tanpa penghujung…
dunia hingga akhirat,
Kini,
Abang rasa diri abang sangat kuat,
Lantaran hadirnya sayang di sisi abang,
Oleh itu,
Dengarlah wahai sayangku,
Mutiara-mutiara bicara cinta yang abang ingin luahkan,
Abang yakin,
jauh di perdu hati abang ini,
Abang bahagia,
Dengan kehadiran sayang di sisi,
Bertentangan mata dengan sayang,
Dan tika tangan abang,
menyentuh lembut telapak tangan sayang,
Dengan hati penuh perasaan cinta mendalam,
Dan abang tak pernah ragui,
Dan abang akan laungkan nyanyian senyaring mungkin,
Bahawa abang mencintaimu selama-lamanya,
Dan itulah hakikat yang tersimpan di hati abang selama ini,
Terjemahan dan ubahsuai dari lagu maher zain,”for the rest of my life”
Subscribe to:
Posts (Atom)