Mar 26, 2012

Suami Curang, Isteri Enggan Bermadu

KUALA LUMPUR: Tiada persefahaman, suami curang atau isteri enggan dimadukan serta campur tangan mentua dan ipar duai adalah antara punca utama menyebabkan pasangan suami isteri di negara ini bercerai. Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, 42.3 peratus kes perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan (12 peratus), tidak bertanggungjawab (11.5 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar duai (8.8 peratus). Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata punca lain disebabkan ketagih dadah atau alkohol (7.1 peratus), masalah kewangan (1.6 peratus), terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan (1.1 peratus), didera (0.5 peratus) dan faktor lain (12.6 peratus). Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan pasangan Cina, iaitu 45.8 peratus, diikuti Melayu (44.9 peratus) dan India (20 peratus). "Punca perceraian pasangan India paling tinggi disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai, iaitu sebanyak 30 peratus, Melayu (7.4 peratus), manakala Cina tiada kes," katanya dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di sini, semalam. Aminah berkata, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat juga menunjukkan perceraian wanita Melayu dan Bumiputera lebih cenderung kepada kelompok berusia bawah 25 tahun serta pasangan berumur 40 tahun ke atas.
"Berbeza dengan tanggapan masyarakat bahawa institusi keluarga begitu rapuh dan perceraian kini berleluasa, sebenarnya data menunjukkan bahawa perceraian berlaku di kalangan segelintir penduduk (0.7 peratus) berdasarkan bancian tahun 2000," katanya. Beliau berkata, pembangunan sosio-ekonomi turut memperlihatkan mereka yang berumur 20-30 tahun dan tidak pernah berkahwin terus meningkat di antara 1991-2000, iaitu daripada 43.2 kepada 48.1 peratus. Di kalangan wanita berumur 20-24 tahun pula, 68.5 peratus masih belum berkahwin pada tahun 2000 berbanding 60.2 peratus pada 1991 dan 51.3 peratus pada 1980. Aminah berkata, kajian juga menunjukkan kadar minimum perkahwinan pertama lelaki meningkat daripada 28.2 tahun pada 1991 kepada 28.6 tahun pada 2000.
Katanya, umur perkahwinan pertama untuk wanita meningkat daripada 24.7 tahun kepada 25.1 tahun. beritaharian 27Mei2009

Jenis-Jenis Isteri Yang Cantik

Isteri yang cantik itu ada beberapa bahagian:
1) cantik di mata suami, tidak cantik di mata orang lain
2) tidak cantik di mata suami, tetapi cantik di mata orang lain
3) cantik di mata suami, juga cantik di mata orang lain
4) tidak cantik di mata suami, tidak cantik di mata orang lain

adapun yang pertama: beruntunglah sang suami itu. kerana dia akan selamat dari sifat cemburu orang lain terhadap isterinya. dan beruntunglah sang isteri. kerana akan sentiasa disayangi oleh suaminya dan selamat dari gangguan orang lain.

yang kedua: keadaan ini agak bahaya. kerana isteri akan kehilangan minat suaminya. tambahan lagi isterinya terdedah kepada kegilaan orang lain. suami pula tidak cemburu.

yang ketiga pula: keadaan ini juga tampak bahaya. suami terpaksa berjaga-jaga dengan kegilaan orang lain terhadap isterinya. suami pasti mempunyai kecemburuan yang tinggi.penatlah sang suami.di pihak isteri, beruntung. cintanya, sayangnya akan terus dipertahankan oleh suaminya dari dirampas oleh orang lain. menjadi kayu ukur kecintaan suaminya kepadanya.

yang terakhir itu: suami tiada berminat dengan isterinya. namun dia tenang kerana tiada ancaman cemburu dari orang lain. di pihak isteri, dia akan kehilangan kasih dan perhatian seoarang suami namun selamat dari buruan orang lain.

walau apapun pandangan di atas, jika masing-masing pasangan menjadikan agama sebagai kayu ukur, maka akan bahagialah suami dan isteri. akhlak suami dan isteri itu terkesan dengan agama. sabar, jujur, ikhlas, pemurah, pemaaf, memahami dan sebagainya. begitu juga keputusan-keputusan dalam rumahtangga yang juga terhasil dari kefahaman agama.

indah cantik pada pekerti dan tertib sopan lebih lama bahagianya berbanding indah cantik pada rupa paras.

10 cara sentiasa adil.. bila BERGADUH

Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam percintaan dan perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.


1) Jangan Bersyarah

Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.


2) Jangan Balas Dendam

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!


3) Jangan Tinggikan Suara

Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.


4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif

Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.


5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil

Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 - 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.


6) Mendengar Dengan Teliti

Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.


7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa

Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!


8) Jangan Serang!

Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.


9) Mesti Hormat

Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.


10) Jangan Tinggalkan

Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.sumber:http://jie-mutiarahati.blogspot.com

Suami Marahkan Isteri

Suami jangan cepat marahkan isteri…selidik dulu perlakuan isteri…adakah isteri benar-benar melakukan kesalahan..jika terbukti isteri melakukan kesalahan..perlu di hukum..hukuman itu adalah marah..tetapi sebelum marah..mulakan dengan nasihat..setelah nasihat..barulah marah..marah pula, biarlah sederhana..bagaimana marah yang sederhana..marahlah dengan niat untuk menasihati isteri..marahlah dengan perkataan yang tidak melukakan hati isteri..marahlah dengan tidak menggunakan kata-kata yang kesat..jika isteri seakan tidak mendengar nasihat kita..dalam keadaan dia telah terbukti melakukan kesalahan..maka kita.."pulau" dia semasa tidur..bagaimana "pulau" isteri semasa tidur..pulaulah dengan berbaring kearah yang bertentangan dengan isteri..

Pedoman Berkasih Sayang

Dipetik drpd seorang sahabat dan utk renungan kpd diri saya dan semua...........
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya dan apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.
"apabila dia pergi barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita"...http://www.cikgu.net.my/index.php?ption=com_content&Itemid=74&id=59&task=view

seorang ibu lahirkan 7 doktor

penerima Anugerah Ibu Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Anis Abdullah berkata, beliau dan suami, Md. Noh Yunos, seorang pesara kerani, bersikap tegas dan mementingkan pendidikan anak-anak.
“Kami bersikap tegas kerana tidak mahu anak-anak merasai kehidupan susah yang kami lalui dulu.
“Anak-anak dipastikan mendapat pendidikan duniawi dan ukhrawi yang sempurna seawal usia lima tahun lagi, walaupun kami tahu ibu bapa pada dasarnya tiada kuasa menentukan masa depan anak-anak,” katanya kepada pemberita.
Anis yang bermenantukan lima orang doktor memberitahu, dalam mendidik anak-anak, beliau memberi tumpuan kepada masa depan mereka.
“Apabila kita fokus pada masa depan, ia membolehkan kelemahan diri diperbaiki. Jika melihat ke belakang pula, kita hanya akan mengganggu fokus tersebut,” ujarnya.utusanmalaysia11jub2008

Mar 17, 2012

MENGEJUTKAN!Penemuan Terkini Ujrah PTPTN

BAKI PADA AWAL 2012 = RM 19,472.77. SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN PADA FEB DAN MAC SEBANYAK RM110, BAKI SEMASA = RM19,458.84. TAKKAN SAYA BAYAR RM 110 HANYA TOLAK RM 13.93!!! APA DAH BERLAKU

Merujuk penyata PTPTN,Baki saya pada awal tahun 2012 ialah RM 19 472.77. Dari Januari hingga Februari 2012 saya dikenakan cas ujrah sebanyak RM 44.78. Oleh itu, baki sehingga semasa pada Februari ialah RM 19 517.55. Saya tidak membuat sebarang pembayaran bagi Januari kerana tempoh tersebut merupakan tempoh membuat proses pertukaran dari perjanjian lama kepada sistem ujrah. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku. Selain itu, saya juga dapati sistem pembayaran melalui FPX masih belum aktif. Walaubagaimanapun, pada Februari, saya dapati penyata PTPTN saya sudah dikemaskini dan sistem pembayaran melalui FPX sudah diaktifkan. Saya mula membuat pembayaran sebanyak RM 50 melalui FPX. Beberapa hari kemudian, semakan pada penyata mendapati hanya RM 21.75 ditolak dari baki semasa. Manakala RM 28.25 dimasukkan ke dalam bahagian TAKAFUL. Bagi bulan seterusnya, iaitu Mac, saya buat pembayaran melalui FPX sebanyak RM 60. beberapa hari kemudian, semakan dalam penyata mendapati hanya sebanyak RM 59.35 ditolak manakala RM 0.65 dimasukkan ke dalam bahagian TAKAFUL.baki semasa adalah RM 19,458.84.Persoalan, kenapa bayaran TAKAFUL pada bulan Feb ialah RM 28.25 atau 56.5% dari ansuran manakala pada Mac pula RM0.65 atau 1.15 % dari ansuran. Rahsia lain yang dapat saya bongkarkan ialah walapun jumlah 3% telah dikurangkan kepada 1%, tetapi kita ada bebanan lain iaitu perlu membayaran TAKAFUL. Ini berdasarkan jawapan PTPTN kepada saya seperti berikut:

Setiap peminjam/penerima biaya dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman/pembiayaan. Bagi peminjam/penerima biaya yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman/pembiayaan. Manakala bagi peminjam/penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, caj tambahan bulanan akan didebitkan ke dalam akaun peminjam/ penerima biaya sebagai pinjaman/pembiayaan tambahan.

Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012, syarikat pengendali takaful telah menetapkan jumlah potongan sumbangan takaful bagi Skim Pinjaman/Pembiayaan Pendidikan PTPTN mengikut kelompok tajaan adalah seperti berikut:-


Penerima biaya baru (tajaan 2012 dan ke atas) adalah atas kadar RM0.74 setahun bagi setiap pembiayaan RM1,000.00 dengan mengambil kira jumlah keseluruhan pembiayaan yang diluluskan, tempoh pengajian dan tempoh lazim bayaran balik; dan

Peminjam/penerima biaya sedia ada (tajaan 1997 ¿ 2011) adalah atas kadar RM0.40 setahun bagi setiap pinjaman/pembiayaan RM1,000.00 dengan mengambil kira jumlah keseluruhan pinjaman/pembiayaan yang diluluskan, tempoh pengajian dan tempoh lazim bayaran balik

Kes Menarik Bayaran Pertama Ujrah PTPTN

Merujuk penyata PTPTN,Baki saya pada awal tahun 2012 ialah RM 19 472.77. Dari Januari hingga Februari 2012 saya dikenakan cas ujrah sebanyak RM 44.78. Oleh itu, baki sehingga semasa pada Februari ialah RM 19 517.55. Saya tidak membuat sebarang pembayaran bagi Januari kerana tempoh tersebut merupakan tempoh membuat proses pertukaran dari perjanjian lama kepada sistem ujrah. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku. Selain itu, saya juga dapati sistem pembayaran melalui FPX masih belum aktif. Walaubagaimanapun, pada Februari, saya dapati penyata PTPTN saya sudah dikemaskini dan sistem pembayaran melalui FPX sudah diaktifkan. Saya mula membuat pembayaran sebanyak RM 50 melalui FPX. Beberapa hari kemudian, semakan pada penyata mendapati hanya RM 21.75 ditolak dari baki semasa. Manakala RM 28.25 dimasukkan ke dalam bahagian TAKAFUL. Bagi bulan seterusnya, iaitu Mac, saya buat pembayaranjuga melalui FPX sebanyak RM 60. beberapa hari kemudian, semakan dalam penyata mendapati hanya sebanyak RM 59.35 ditolak manakala RM 0.65 dimasukkan ke dalam bahagian TAKAFUL.persoalan, kenapa bayaran TAKAFUL pada bulan Feb ialah RM 28.25 atau 56.5% dari ansuran manakala pada Mac pula RM0.65 atau 1.15 % dari ansuran. Rahsia lain yang dapat saya bongkarkan ialah walapun jumlah 3% telah dikurangkan kepada 1%, tetapi kita ada bebanan lain iaitu perlu membayaran TAKAFUL. Ini berdasarkan jawapan PTPTN kepada saya seperti berikut: