Aug 23, 2012

Cerita Tok Ayah


ABAH PENGSAN
Cerita ini berlaku di kampung Tok Lebir, Narathiwat, Thailand sekitar tahun 1940-an. Mak abah(Moyang) dulu seorang penoreh getah di sebuah ladang di sana. Ladang getah tersebut terletak di kawasan berpaya yang agak luas. Terdapat juga sebuah perigi yang agak unik di sana. Perigi yang sentiasa tidak kering bahkan  airnya jernih. Sangat jernih. Dari rumah untuk menorah, moyang perlu melalui paya itu. perigi itu juga. Pernah satu hari, abah dan Pak Da keluar dengan moyang untuk menorah. Moyang terlebih dahulu pergi. Abah dan pak da pergi agak lewat. Setibanya mereka berdua berhampiran dengan perigi itu, mereka berdua terlihat seorang yang agak besar berperut buncit. Tanpa pakaian. Hanya kain hitam separas lutut. Tersenyum memandang abah dan pak da. Tapi senyum lelaki itu di sambut dengan teriakan di susuli dengan larian lintang pukang pak da sambil melaungkan hantu!!…hantu!!. pak da lari meninggalkan tok ayoh ketakutan. Abah terkedu. Tak mampu untuk melakukan apa-apa.lantaran perasaan takut yang menyirap seluruh urat darah abah, abah pengsan…
ABAH MATI EMPAT HARI
Sedar-sedar abah lihat ramai orang di sekeliling. Semua mereka menangis. Seakan merelakan pemergiaan orang tercinta. Abah berbaring di atas meja sesuai seperti tempat untuk dimandikan mayat. Mayat itu adalah abah sendiri. Menurut cerita dari bapa abah (tok cik), tok cik azan kan kedua-dua telingan kiri dan kanan tok ayoh setelah empat hari abah taksedarkan diri. Sepanjang empat hari itu, degupan jantung tok ayoh tak terasa. Nadi-nadi juga begitu, walaubagaimanapun,lantaran terasa badan masih panas berhaba, Tok cik yakin, abah masih hidup.lalu diazankan. Menurut tok cik juga, abah tak sedarkan diri di paya itu sambil dengan keadaan mulut abah dipenuhi buih. Macam terkene sawan. Katanya, lelaki berbadan besar itu adalah jin yang ingin mengajarkan ilmu sihir atau disiplin perbomohan kepada tok ayoh. Kerana antara 8 orang adik-beradik abah yang lain,hanya abah sesuai untuk mewarisi ilmunya.
ABAH MENANGIS
Sambil bercerita kisah hidup zaman lalu, sempat juga abah selitkan cerita sedihnya mengingatkan kematian abangnya Jaafar. Pada satu malam di bulan puasa, jaafar bermimpi. Satu mimpi yang mengerikan. Tersedar dari tidur, dia ceritakan mimpinya itu kepada abah. Dia mimpi yang jin mencakar-cakar belakangnya. Mereka bergelut ganas. Peristiwa berlaku berdekatan dengan sebuah pohon getah bercabang dua. Sesudah subuh. Kakak mereka (mak cik cek he) mengajak mereka bersiap-siap untuk temankannya menoreh. Puas diarah untuk bersiap dengan mandi dan sebagainya, jaafar tetap lambat-lambat mandi. Dia banyak termenung. Hari dah semakin cerah. Mak cik cek he bergegas keluar menoreh terlebih dahulu di ikuti oleh jaafar jauh dari belakang. Dia temankan mak cik cek he sehingga mak cik cek he tiba di ladang getah. Di pilihnya sebuah pohon getah untuk ditoreh. Pohon getah itu bercabang dua. Jaafar membantunya. Tiba-tiba, dia terasa ada sesuatu yang memberati di kepalanya. Dia terasa amat perit. Kepalanya terasa pening.dia mohon dengan mak cik cek he untuk balik. Kerana tidak tahan dengan keperitan yang baru dialaminya itu. Setibanya di rumah. Abah lihat ada kesan cakaran di mukanya. Antara telinga dan matanya. Cakaran juga tampak dibelakangnya. Dia mohon tok cik untuk melihatnya. Namun tok cik tak endahkan, ketika itulah abah sebak, sambil tetap meneruskan cerita sedih yang menimpa arwah abangnya itu. Jaafar kembali menderita. Dia muntah-muntah. Juadah berbuka dinikmati sedikit. Malamnya, jaafar muntah-muntah lagi. Tok cik tetap berkesan tidak mahu menjenguk jaafar yang kesakitan. Bomoh-bomoh dipanggil. Pada waktu sahur,abah sempat sediakan juadah sahur untuk jaafar. Dia makan nasi manis. Cuma sedikit. Sebaik azan subuh bergumandang. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

TOK AYAH DILAHIRKAN DI GOLOK, THAILAND
Siangnya, orang-orang kampong bersiap-siap menguruskan jenazah jaafar. Berita kematian jaafar tersebar sehingga ke pengetahuan majikannya. Tuan tanah tempat jaafar menoreh. Rupakan, pada hari kejadian, jaafar tak ke tempat dia sepatutnya menoreh.tetapi sebaliknya, dia temankan mak cik cek he menoreh di tempat pohon getah bercabang itu. Tuan tanah itu menangis teresak-esak, dia meraung-raung. Dia bagaikan tak percaya yang jaafar telah meninggal dunia. Seakan baru bertemu jaafar semalam. Berbual-bual dengannya. Takkan jaafar sudah meninggalkannya. Di saat itu lah, dada abah sebak lagi. Jaafar di sayangi majikannya kerana dia sangat amanah dan jujur bekerja. Itulah warisan keturunan kita. setelah beberapa ketika berehat dari bercerita..abah selitkan, tempat kelahirnya adalah di sebuah hutan tebal, Bango Badee, Satengnok,Mueng,Yala, thailand...

No comments: