Nov 16, 2009

Akh Toriq Hampir Bunuh...




HADIS KERAMAT
Ustaz Suzani masih kuat semangatnya untuk pelajari ilmu agama. Peluang syeikh muhaiman menjadi tenaga pengajar di MTAQ, dipergunakan sepenuhnya. Sambil tangannya menulis makna yang diterjemahkan oleh syeikh muhaimin, sambil itu pula perhatian saya tertumpu pada matan-matan hadis itu. Sambil hati menumpu. Pada makna-makna yang terkandung. Hati seakan terpaku. Termenung juga. Tafakkur panjang. Cuba melihat ke dalam diri. Hadis itu bagiku cukup mengusik hati.

Musibah yang menimpa di dunia ini adalah dari Allah sebagai tanda kebaikannya untuk kita, musibah (hasil perbuatan dosa) yang ditangguhkan di akhirat pula sebagai tanda keburukan dariNya.

MUHASABAH
Tanpa sebarang musibah kini, aku terasa seakan dipinggir oleh Allah. Adakah Allah langsung tidak mengingatiku.Lantaran tiada ingatku terhadapNya.

PECUT LAMPU MERAH
Aku perlu cepat dan segera. Solat jumaat hari ini sekitar jam 1 tengahari. Kurang 10 minit lagi. KBC 8720 dipecut. kuasa 850 CC dijana sepenuhnya. Dari Wakaf Bharu, Masjid Kampung Sireh dituju. KBC akhirnya tiba di traffic light setelah lepasi jambatan sultan yahya petra. Aku tekad memecut, kerana seakan di laluanku lampu hijau terakhir. Stereng dipulas ke kanan. Tiba-tiba…..

SUMPAH HADIS
Alhamdulillah…kerana akhirnya aku menerima musibah.aku tenang sahaja keluar dari KBC. Semua pemandu memerhati KBC yang berada di atas divider jalan. Sebuah motosikal dirempuh. Namun tidak teruk. Pemandunya marah. Terus meminta kad pengenalanku. Dia ambil segala maklumat. Sambil kutahu, ammarahnya masih menyala. Apa tidaknya, kalau dia tidak cepat melompat menyelamatkan diri dari motosikalnya, pasti pahanya terpasuk di bawah KBC.paha akan patah.dia akan parah.ambulan akan datang. Insuran.atau aku hampir jadi pembunuh.ohh…gawat sungguh.Aku,aku tetap bersahaja menyerahkan kad pengenalanku. Walau rasa bersalah, aku tetap tenang. Kerana sumpah hadis itu seakan menjadi…



" إن الله تعالى إذا أراد بعبد خيرا عجل له العقوبة في الدنيا ، وإذا أراد بعبد شرا أمسك عليه بذنبه حتى يوافيه يوم القيامة"

(مستدرك على صحيحين)

Jul 28, 2008

Sahkan Anda Pelajar Sakan


malam terakhir, majlis konvokesyen. agak meriah. kehadiran Abdullah Rajhi sendiri. Di samping para penaja yang dari wizarah auqaf, maktab taawun dan lain-lain. pelajar cemerlang menerima laptop dan sekotak kitab. mereka hanya bertiga. selebihnya mumtaz menerima sekotak kitab dan DVD Player.Abdullah Rajhi bermurah hati memberikan saguhati kepada semua pelajar yang menyertai daurah. Wang sagu menyamai 3 bulan di Rabitah. ada juga bekal untuk ana bawa pulang ke tanah air. ilmu pengajian syeikh masih panas. buat buka selera rakan-rakan ku di malaysia nanti untuk bicara. di poket wang saku. beg bakal terisi dengan cenderahati buat saudara mara dan sahabat. rak-rak buku di rumah nampaknya perlu di beli yang baru. 4 kotak dari dar ifta' dan beberapa kotak dari wazirah auqaf akan di isi. misiku selesai. sebulan lambatkan tempoh pulang. Malaysia mula menggamit. tanah serambi mekah, kelantan. aku akan segera ke mekah dahulu. untuk ke serambi.bukan sebaliknya.

Terang Lampu, Kipas Ligat, Kami Memerah


hari-hari selama tiga minggu berlalu. padat sarat dengan pengajian. bermua setelah fajar.kami di hiadngkan dengan kitab zaadul mustaqni'. al-fiyyah al-iraqi menyusul. sunan ahmad kemudiannya. bagi sesi petang, setelah asar, minggu pertama, kupusan sekitar tasfir ibnu kathir, minggu kedua, aqidah tohawiyyah. minggu ketiga pula qasidah lamiyyah. maghribnya pula dengan fatawa humawiyyah. syarhu sunnah lil muzani pula setelah isya'. setiap hujung minggu, kami bersemuka pula dengan ujian.

kuning-kunig khemah di istirahah


Keesokan harinya, Jawatankuasa daurah Syeikh Jibrin meminta pelajar yang datang dari luar Riyadh yang belum mendaftarkan diri berbuat demikian. akhirnya kami di ambil gambar dan di berikan kad untuk menginap sakan. Allah bantu kami.

Merah Syimagh, Putih Jubah


hari pertama tiba, stesen naqal jamaie aziziyyah bandar riyadh.
jam sekitar 9 pagi. perjalanan rupakan hanya 10 jam. takku sangka. anggapku 12 jam meleset. terus dengan sayyarah ujrah. lepaskan 20 rial. sampai jua aku ke hayy syubra. makhraj 24. ana terus ke sakan Khalid Syerfou. di sakan. berbincang seketika. kami putuskan untuk daftarkan nama kami terlebih dahulu. selesai,kami terus ke masjid. keringkan keringat. lepaskan lelah. perut kosong.seakan membisik kelaparan...mata mula berat melihat sekeliling...ZZzzzzz.....

Syeikh Abdullah Ibn Abdul Rahman Jibrein


Daurah ini penting. Kerana kandungan perbincangan aqidah agak sarat. menarik juga dengan menampilkan kitab-kitab seperti Aqidah Tohawiyyah, Fatwa Humawiyyah, dan Syarah Sunnah. Setidaknya, semuanya ini bagai bekal untuk menghasilkan tasawwur, gambaran, buah fikiran berasas bagi kepulangan ana nanti. Malaysia. Kelantan.Kepulangan Dari Mekah ke Serambinya. Bumi wahyu, gegar sejarah panjangnya dengan dakwah musnah hancurkan kekufuran dan kesyirikan....."haris, kita pergi,tawakkal sahaja pada Allah". jauh pandangan haris kelihat kemungkinan yang akan berlaku. dia mengiyakan.Pasti Allah akan bantu.bukan senang hati nak kuat. musafir ke ibukota yang belum pernah kaki menjejah. pandangan belum terarah pelusuknya. Aqidah.....ASWJ...Khilaf ulama'...mujtahid...istiwa'...asma' wa sifat....

Daurah Shoifiyyah, Riyadh


Khalid dan Hamid mali, mereka berdualah yang memaklumkan kepada haris tentang adanya Daurah Syeikh Jibrin ini, di masjid Abdullah Al Rajhi,hayy Syubra,Riyadh. haris segera hubungi ana. "kita perlu ke sana"pintanya kepada ana. kami tidak lakukan apa-apa persediaan. sepatutnya, mereka yang berminat perlu memaklum terlebih awal kepada jawatankuasa. penganjur. terutama kepada mereka yang datang dari luar Riyadh. kerana sakan disediakan. Tapi ana dan haris tidak berbuat demikian. maklumlah kami agak terlewat menerima berita daurah ini. kami hanya dimaklumkan dua hari sebelum daurah di mulakan. kami tetap tekad untuk ke Riyadh. ibukota yang belum pernah dikunjungi. kami perlu ke Riyadh...Riyadh...Kuala Lumpur...samakah???ke situ pula yang ana gambarkan....


Dihalau dari Masjid

Teman sebilikku...sahman dari bisya, naif dan adnan yamani.
Malam hari pertama daurah. Kami terpaksa biarkan kaki kami mencari tempat untuk melelapkan mata. siak masjid terpaksa kunci pintu masjid. tandas juga.Terpaksalah kami tinggal di anjung masjid dengan hawa panas. tanpa penghawa dingin dan kipas. panas dan lemas.ana, haris dan sahabat-sahabat lain dari peserta luar Riyadh yang kebanyakannya pelajar dari Afrika gundah-gundah. kemana hendak di tuju. Alhamdulillah, nasib agak baik kerana ana telah pun terlebih dahulu mendaftarkan diri juga pada daurah aqidah di masjid yang berdekatan. Jamai Syonaanie. ana ke sana dengan Haris. kami di sambut dengan nasi ayam dan tempat tinggal berhawa dingin. Allah bantu kami.

May 20, 2008

Sarapan Dulu

Sebelum memulakan pendakian Thur. bersarapan dahulu dengan tho'miyyah, kibd dan syai' halib. di taja khas oleh akhi abdulrahman hamzah, yang sedang membancuh syai'. ustaz Syed nampaknya semacam baru mensyukuri nikmat Allah. tak sempat melihat ke arah camera. sedang posting dengan camera, Ali Fadhil dan ana.

maktabah mekah

bersama dengan andika lokman, ishaq dan haris. di maktabah mekah. tempat di mana muhammad Sallalallahu Alaihi Wasallam dilahirkan. lahir baginda SAW bawa obor buat umat jahiliyyah arab pada masa itu.

bersama merasai tembikai

tembikai arab memang besar-besar. sungguh sedap. kami nikmatinya. benarlah doa nabi ibrahim a.s. agar bumi ini di limpahkan dengan buahan. walau tidak tumbuh di sini

anak-anak suci fitrahnya

tinggal berjauhan dengan anak-anak saudara, hanya memasang rinduku pada mereka. akhirnya rindu pada mereka terubat jua. kehadiran aqil abdul rahman hakim mengubah rinduku. tenang dirasai. kerana anak-anak suci fitrahnya

Feb 21, 2008

Kepada Unta Bagaimana Ianya Dicipta

sukar juga untuk di percayai unta ini mudah sahaja untuk dipeluk dengan manja. berada di padang pasir bersamanya, langit luas, bukit bukau....ingatkan daku kepadaNya

Feb 15, 2008

Tawan Thur

di pertengahan pendakian menawan gua thur...agak sukar pendakian...mencari cerita 2 sahabat yang berkelana..muhammad SAW dan Abu Bakr

Feb 6, 2008

di rumah syeikh dumaiji


ziarahi syeikh dumaiji.seorang ulama muda yang agak dominant dalam dunia dakwah. saya menghadiri kuliahnya selepas subuh di masjidnya di aziziyyah

Jan 23, 2008

Khemah di arafah

nilah kehmah kami di arafah. sebenarnya kami tumpang khemah surau sementara. sebab di arafah kami hanya duduk asekejap sahaja. sebelum malam kami perlu bertolak....

di Mina

asrama ketika di Mina. kami pelajar malaysia tinggal bersama dengan pelajar-pelajar dari thailand. dari kiri, toriq,qazzafi,haris,ishak,yusuf dan fadhil

Jan 18, 2008

menjamu selera selepas perjumpaan di rumah Syeikh Dumaiji


bersama dengan sahabat-sahabat dari Rabitah dan Ummul Qura. dari kiri, akhi Ali, Syed Norhisyam,Abdul Rahman,ana dan fadhil