May 8, 2012

Lagi Terhangat Tentang PTPTN versi UJRAH


Bayaran ansuran pertama saya melalui potongan gaji adalah berjumlah sebanyak RM 171.67. Setelah di semak dari penyata PTPTN dalam portalnya, saya dapati pembahagian dari jumlah tersebut adalah seperti berikut : RM148.63(bayaran pinjaman), RM22.39(upah),RM0.65(takaful). Saya juga turut menyemak penyata terkini bagi bulan Mei. Hasilnya baki pinjaman saya berbaki RM 19 333.24. Ini bermakna saya perlu membuat ansuran selama lebih kurang 130 bulan atau hampir 11 tahun ( RM19 333.24/148.63 = 130.0763 ) untuk menamatkan jumlah pembayaran tersebut. Dengan pengiraan tersebut juga, saya mendapati bahawa upah yang telah saya bayar adalah berjumlah RM 2912.41 ( RM 22.39 X 130.0763 ) dan RM 84.55 bagi insuran. Ianya juga menunjukkan pembayaran keseluruhan saya adalah berjumlah RM 22 330.20 untuk melupuskan hutang PTPTN berbaki RM 19 333.24.

siri akan datang..nantikan.jumlah bayaran keseluruhan dari kadar 4% ke 3% dan seterusnya ke 1%?!!!

No comments: