Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan
diri mereka disisih,ditinggalkan dan dibenci. keseluruhan surah ini membawa
diri Baginda SAW kepada hikmah pergantian siang dan malam.Sebagaimana lazimnya
ketika waktu dhuha,kehidupan manusia bermula,dan di malam harinya pula mereka
berehat. Merehatkan fizikal dan mental. Lalu Allah menyejukkan jiwa SAW. Allah
menyatakan bahawa Dia tidak tinggal Baginda SAW sendirian. Bukan juga membenci
Baginda SAW.Begitulah juga kita, disebalik sisih manusia kepada kita, sebenarnya
Allah mendakap kita mesra. Allah sebenarnya menjaga kita. Allah sama sekali
tidak biarkan kita kesepian. Dia sentiasa bersama kita. Dia bersama kita di
siang hari. Siang hari yang kita sentiasa sibuk dengan mencari rezeki. Sibuk
kita sehingga kita lupakan Allah. Sedangkan Allah mengambil berat kepada kita
dengan menetapkan jalan-jalan rezeki kepada kita. Di siang hari yang
kadang-kadang menimbulkan rasa resah di hati dengan gelagat rakan sekerja,
orang sekitar dan musuh-musuh yang dengki, tentunya semua ini memberi sedikit
tekanan kepada emosi kita. Di saat inilah kita perlu sedar, bahawa Allah
sahajalah yang rapat dengan kita. Bersama kita. Tidak pernah sisihkan kita
selamanya.
Allah kemudiannya memujuk jiwa resah Muhammad SAW dengan
jaminan bahawa hari esok adalah lebih cerah dan lebih baik dari hari ini.
Keresahan hari ini pasti akan hilang. Hari esok yang bakal tiba, pastinya akan
memancarkan sinar fajar yang bahagia. Kegelapan hari ini akan lenyap. Diganti
dengan kegemilangan hari esok. Begitulah lumrah kehidupan yang ditempuhi
Baginda SAW. Hidup Baginda SAW di dunia tanpa kemewahan. Tanpa gedung-gedung
harta. Makan harian beralaskan kurma. Tiada pengawal-pengawal. Rumah Baginda SAW
tidak dihiasi hilaian pelayan-pelayan. Tapi, di negeri akhirat kelak, Baginda SAW
akan menghuni syurga.tempat tinggal mewah yang tiada taranya. Makanan paling
berkhasiat belum pernah lidah rasai. Cantik bibadari belum pernah dilihat mata.
Hari esok pasti lebih indah dari hari ini.
Oleh itu sedarlah kita, kesusahan yang kita tempuhi di saat ini,
bukanlah penamat hidup kita selama-lamanya. Keresahan hari ini adalah bayaran
bagi memperoleh kesenangan pada masa hadapan. Tempuhilah kepayahan ketika ini
dengan sabar. Kepayahan dihayati dengan sabar dan kesenangan dirasai dengan syukur.
Itulah sebenarnya hakikat kebahagiaan. Kerana kesenangan tanpa merasai
kepayahan terlebih dahulu seakan tiada ertinya.
Seterusnya dari ayat ke lima surah ad-Dhuha pula memberi
kelegaan kepada Baginda SAW. Perit dan derita sepanjang perjuangan yang ditempuhi
Baginda SAW hilang dengan jaminan keredoaan Allah.
“Dan
Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan
di akhirat) sehingga engkau reda”
Di dunia
lagi, kemenangan dan kejayaan bakal dikecapai Baginda SAW. Melalui pembukaan
kota mekah, pembangunan negara islam madinah dan sebagainya. Kemenangan ini
berterusan sehingga di hari akhirat nanti. Terlaga kausar, pasti menjadi saksi
anugerah tidak terhingga Allah kepada Baginda SAW. Istana-istana mewah tegak
kukuh bakal didiami Baginda SAW.
Begitula
Allah janjikan kepada mereka yang disisihkan bahawa Allah pasti akan memenuhi
keperluan diri mereka. Kemenangan dan ketengangan. Jika diri merasakan perlunya sokongan dan
dokongan, maka Allah akan sediakannya. jika diri merasakan perlukan kekuatan
semangat, maka Allah akan sediakannya.Lalu ketika itu hati akan puas. Redo dan
lapang.
Lalu ayat-ayat seterusnya telah membawa Baginda SAW
mengimbau saat-saat sukar yang pernah Baginda SAW lalui. Bersendirian tanpa
mereka yang tercinta di sisi. Bukankah pernah nabi Muhammad SAW hidup yatim
piatu tanpa ibu dan ayah. Baru di dalam kandunga ibu, Baginda SAW SAW sudah
kehilangan ayah. Menjejak
usia enam tahun, Baginda SAW SAW kehilangan ibu pula. lalu Allah lindungi Baginda SAW dengan dijaga
oleh datuk Baginda SAW Abdul mutalib. Kemudian Baginda SAW di jaga pula oleh
bapa saudaranya abu talib dua tahun kemudiannya. Pada ketika
inilah tahap paling genting Baginda SAW berhadapan dengan cabaran musyrikin.
Namun semuanya dipertahankan oleh abu talib. Mana mungkin seorang yang masih
berpegang dengan agama nenek moyang, mewarisi agama menyembah berhala
mempertahankan agama yang berbeza dibawa Muhammad SAW. inilah hikmah aturan
Allah dalam melindungi Muhammad SAW. seorang yatim piatu.
Pernahkan kita kesuntukan mencari jalan keluar kepada
masalah. Bagaikan tiada jalan keluar. Namun akhirnya, entah dari mana jalannya
Allah bantu kita keluar dari jalan itu. Diceritakan, Baginda SAW juga pernah
tersesat di Bandar mekah. Ketika itu Baginda SAW masih kecil. Lalu Allah
tunjukkan Baginda SAW pulang melalui perantaraan jibril a.s.
Baginda SAW SAW hidup dalam kemiskinan. Lalu Allah
anugerahkan Baginda SAW teman hidup. Khadijah seorang usahawan berjaya.
Hilanglah resah kemiskinan. Diganti Allah dengan kekayaan. Kesenangan ini
digunakan sepenuhnya pula pada jalan Allah.
Oleh itu ingatlah bahawa disebalik serahnya hati kita
menanggung sisih manusia. Kita sebenarnya sentiasa menerima perhatian dari
Allah. Telah banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Namun kita asyik
sedarkan kekurangan yang kita miliki. Bahkan sebenarnya, ramai lagi insan lain
yang lebih malang dari kita. Kita mungkin ditimpa kesusahan yang kecil dan
masih mampu berhadapan dengannya. Sedangkan orang lain berhadapan dengan kesukaran
menggunung. Tak mampu ditanggung mereka. Bantulah mereka yang lebih sukar dari
kita. Kerana pasti Allah membukakan lagi ruang jalan keluar di atas kesukaran
yang kita lalu. Dengan inilah surah ad-dhuha ditamatkan. Mengingatkan kita
betapa perlunya kita membantu mereka yang lebih perit menunpuh hidup berbanding
diri kita.
"maka terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku
kasar"
"dengan orang yang meminta jangalah kamu
herdik"
"dan terhadap nikmat Tuhanmu hendaklah kamu
menyebut-nyebutnya"
ingatlah kembali kepada nikmat yang Allah pernah berikan
kepada kita disebalik kesukaran yang kita hadapi ini. Sedarlah jua, kesukaran
yang kita hadapi ini terlalu kecil di sisi mereka yang lebih berat ujiannya.
No comments:
Post a Comment