Kebanyakan masa kita banyak dihabiskan dengan masa bekerja. Ada
yang berurusan dipejabat, bengkel, tapak bangunan dan sebagainya. Masa-masa
bekerja pula dilalui dengan penuh dedikasi dan tekun. Ini semua kita lakukan
bagi memastikan kelangsungan hidup di dunia ini. Walaubagaimanapun, harus kita
sedari betapi aktiviti utama kita ini hendak sentiasa mendapat panduan dan
nasihat. Agar amalan kita tidak sia-sia bahkan terjamin dengan pahala dan
keredoaan Allah. Oleh itu, disertakan di sini beberapa saranan yang boleh
mengingatkan kita dalam bekerja.
KERJA KERANA ALLAH
Niat merupakan perkara penting dalam melakukan sesuatu amalan. Niat
perlu sentiasa diperbetulkan dari semasa ke semasa. Terutama dalam melakukan kerja.
Ini bagi memastikan hati itu mendetikkan Allah. Kerana tempat niat itu adalah
hati. Dan hati sentiasa berubah-ubah. Manusia pula sentiasa lupa. Tidak sukar
sebenarnya untuk memastikan kerja yang kita lakukan sentiasa berada dilandasan
tujuannya. Tindakan ini boleh dicadangkan untuk dilakukan semasa anda melangkah
keluar dari tempat kerja. Atau setidak-tidaknya semasa anda memandu kenderaan
anda. Tetapkan persoalan kenapa saya bekerja? Apakah ada nanti ada aktiviti
yang saya akan lakukan tidak bersesuaian dengan kehendak Allah? Ungkapkanlah
juga doa dalam hati agar Allah memudahkan dan memberkati pekerjaan yang akan
kita lakukakan pada hari ini.
SOLAT MEREHATKAN TEKANAN
Kerja kerana Allah, ada penilaiannya dalam agama. Solat merupakan
tiang agama Justeru hubungan kerja dengan solat tidak dapat dipisahkan. Kerja
yang membebankan tidak menghalang untuk kita bersujud kepada Allah. Mendirikan
solat selama beberapa minit tidak menjadi halangan menyelesaikan kerja yang
berjam-jam. Kerja berjam-jam penuh dengan tekanan dan bebanan. Minit-minit
dalam solat pula penuh dengan kerehatan dan ketenangan. Bukankah kita
disunatkan mendirikan solat terawih di malam hari pada bulan disiang harinya
kita wajib mengosongkan perut? Pada gambaran umum, agak penat bekerja dalam
keadaan lapar. Sebelah malamnya pula bersolat? Apakah tiada hikmah yang
tersembunyi? Apa guna thoma’ninah dalam solat? Solat sunat, wajib, empat rakaat atau tiga.
Dikerjakan di malam hari atau di nihari. Thoma’ninah itu ada pada semua
solat. Pastinya ada hikmat tersirat. Inilah intipati kerehatan dan ketenangan
yang ada dalam solat.
Ibadah puasa disusuli dengan rehat. Pergerakan dalam solat
diselangi dengan rehat. Bekerja samada di pejabat, makmal, pusat pentadbiran
atau mana-mana lokasi sekali pun perlu di selangi dengan rehat. Dalam solat ada
nikmat kerehatan. Tapi pastinya solat yang didirikan bukan atas dasar
melangsaikan bebanan. Tapi, solat itu semestinya bertitik tolak dari hati yang
sakinah, ingin menemui Allah seketika. Sebagai tanda mengingati-Nya.
Mengingatinya adalah ketenangan. Firman Allah dalam Surah Thaha ayat 14 serta Surah
ar-Radh ayat 28 :
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh
itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku”
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati
mereka Dengan mengingati Allah". ketahuilah Dengan mengingati Allah itu,
tenang tenteramlah hati manusia”
MINTA PANDANGAN MELALUI MESYUARAT
Selain dari menjalinkan hubungan dengan Allah, kita juga perlu
berinteraksi dengan manusia. Dalam konteks pekerjaan, kita perlu adakan
perbincangan. Mesyuarat secara formal atau tidak. Melalui perbincangan, kita
akan mampu merungkaikan masalah yang kita hadapi. Perbincangan tidak formal
boleh dibuat dari semasa ke semasa samada dengan ketua atau rakan. Bahkan
sesetengah keadaan, belum pun rakan mencadangkan sesuatu masalah yang kita
utarakan, jawapan tiba-tiba muncul dalam benak fikiran kita. Inilah hikmah dari
mesyuarat. Sebab itulah Allah SWT melalui Surah an-Naml ayat 32 menampilkan kisah teladan bagaimana
seorang raja perempuan di zaman nabi Sulaiman meminta pandangan pembesarnya
bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum,
berilah penjelasan kepadaKu mengenai perkara Yang Aku hadapi ini; Aku tidak
pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan
mempersetujuinya".
Justeru, kesibukkan dalam bekerja tidak menghalang kita untuk
melakukan hubungan kita dengan Allah. Penuh keikhlasan dan ketakwaan. Juga
mesra dalam melakukan hubungan sesama manusia. Moga kita akan cemerlang
menempuh alam pekerjaan yang penuh cabaran.
No comments:
Post a Comment