Jul 21, 2010

Perbezaan Antara Konvensional dan Islam-Isu Biaya Rumah



Antara konsep pembiayaan yang masyhur bagi perumahan di malaysia oleh perbankan islam ialah Bai' Bithaman Ajil (BBA). Melalui konsep ini, bank terlebih dahulu membeli rumah berkenaan, kemudian menjualnya kepada pelanggan dengan kadar keuntungan tertentu, dengan bayaran secara ansuran.


Harga rumah: RM 200 000
Bayaran muka : RM 20 000
Pembiayaan dengan bank: RM 180 000
Tempoh pembiayaan : 20 tahun
Kadar keuntungan: 10 %
Harga jualan bank kepada anda : RM416 889.35 (RM 1737.04 x 240 bulan )
Bayaran ansuran bulanan: RM 1737.04 (dikira berdasarkan formula standard bagi nilai kini anuiti)

Daripada ilustrasi di atas, maka anda akan mendapati bahawa:
-jumlah keuntungan bank sepanjang tempoh 20 tahun pembiayaan tersebut ialah RM 236 889.35 (RM416 889.35 – RM 180 000)
Melalui BBA, jumlah keuntungan (yang menyamai dengan jumlah kadar faedah bagi bank konventional) terlebih dahulu diraih bank dan perlu ditanggung pembayarannya oleh pengguna. Sedangkan, kadar faedah oleh bank konvensional tidak akan dikira selagi belum tiba tempoh matang. Sebagai contoh, jika setelah 10 tahun, melalui BBA pengguna telah membayar RM 208 444.80 (RM 1737.04 x 120 bulan). Berapakah baki yang masih lagi perlu dibayar oleh pengguna? Jawapannya ialah RM 208 444.55 ( RM416 889.35 - RM 208 444.80 ) dimana RM416 889.35 adalah merupakan jumlah keuntungan untuk tempoh 20 tahun ( RM 236 889.35 ) serta jumlah pinjaman asal (RM 180 000).
Di pihak bank konvensional, pihak bank akan mengambil kira hanya 10 tahun pertama yang telah dibayar iaitu RM 118444.68 (kadar faedah untuk 10 tahun pertama). Oleh itu pada tahun ke 10, pengguna telah membayar kepada bank sebanyak RM 298444.68 (RM 118444.68 + 180 000). Melalui konvensional, pengguna hanya perlu lunaskan baki harga pokok (RM 90 000) sahaja untuk baki 10 tahun terakhir tanpa melibatkan sebarang kadar faedah ke atas RM 90 000 kedua itu. Kerana RM 90 000 kedua itu, kontrak telah ditamatkan dan pengguna tidak menggunakan wang tersebut untuk membiayai rumahnya.
Namun sebaliknya BBA, jumlah yang perlu dibereskan ialah RM 208 444.55 (RM 90 000, baki pinjaman asal + RM 118444.55, kadar keuntungan untuk 10 tahun baki )

sumber: Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, "Pembiayaan pembelian rumah secara Islam alternatif ", http://al-fikrah.net/News/article/sid=266.html, 21 julai 2010

Menurut kajian yang dibuat oleh Ahamed Kameel Mydin Meera & Dzuljastri Abdul Razak, didalam kajiannya bertajuk "Islamic Home Financing through Musharakah Mutanaqisah and al-Bay’ Bithaman Ajil Contracts: A Comparative Analysis" halaman 2 dan 3, mereka menyatakan bahawa: konsep BBA sangat popular di negara seperi Malaysia,Indonesia dan Brunei manakala MMP digunakan secara meluas di negara-negara timur tengah, Amerika Syarikat, Kanada, United Kindom dan Australia. Ulama'-ulama' syariah timur tengah tidak menerima BBA. kerana ianya menyamai bank konventional.

apakah konsep MMP yang diterima di negara eropah itu? adakah ianya merupakan konsep yang sama dengan BBA? kenapa mereka menerima MMP?

ikuti siri yang akan datang...