Aug 16, 2011

Besarkah Untung Pelaburan Emas

Saya ingin menarik perhatian kepada individu yang membuat pelaburan dalam emas. Pada kebiasaannya,kita akan menilai peningkatan harga emas dari kolum “Harga Jual” emas tersebut pada tarikh belian dan tarikh yang dijangkakan untuk jualan kembali. Sebagai contoh-saya merujuk kepada data harga emas dari bank Negara bagi tempoh 1 Ogos 2011 hingga 16 Ogos 2011-harga jual emas pada 1 ogos 2011 mencatatkan nilai sebanyak RM 5 070 bagi 1 oz. Manakala pada 16 ogos pula nilainya ialah RM 5557. Nilainya meningkat sebanyak RM 487.atau dengan kata lain, inilah jumlah keuntungan pelaburan emas yang diperolehi. Sebenarnya, jumlah keuntungan sebenar ialah RM 269 sahaja. Kerana pada kolum “Harga Belian” menunjukkan nilai belian emas pada 10 ogos ialah RM 5339.

No comments: