Mar 26, 2012

Jenis-Jenis Isteri Yang Cantik

Isteri yang cantik itu ada beberapa bahagian:
1) cantik di mata suami, tidak cantik di mata orang lain
2) tidak cantik di mata suami, tetapi cantik di mata orang lain
3) cantik di mata suami, juga cantik di mata orang lain
4) tidak cantik di mata suami, tidak cantik di mata orang lain

adapun yang pertama: beruntunglah sang suami itu. kerana dia akan selamat dari sifat cemburu orang lain terhadap isterinya. dan beruntunglah sang isteri. kerana akan sentiasa disayangi oleh suaminya dan selamat dari gangguan orang lain.

yang kedua: keadaan ini agak bahaya. kerana isteri akan kehilangan minat suaminya. tambahan lagi isterinya terdedah kepada kegilaan orang lain. suami pula tidak cemburu.

yang ketiga pula: keadaan ini juga tampak bahaya. suami terpaksa berjaga-jaga dengan kegilaan orang lain terhadap isterinya. suami pasti mempunyai kecemburuan yang tinggi.penatlah sang suami.di pihak isteri, beruntung. cintanya, sayangnya akan terus dipertahankan oleh suaminya dari dirampas oleh orang lain. menjadi kayu ukur kecintaan suaminya kepadanya.

yang terakhir itu: suami tiada berminat dengan isterinya. namun dia tenang kerana tiada ancaman cemburu dari orang lain. di pihak isteri, dia akan kehilangan kasih dan perhatian seoarang suami namun selamat dari buruan orang lain.

walau apapun pandangan di atas, jika masing-masing pasangan menjadikan agama sebagai kayu ukur, maka akan bahagialah suami dan isteri. akhlak suami dan isteri itu terkesan dengan agama. sabar, jujur, ikhlas, pemurah, pemaaf, memahami dan sebagainya. begitu juga keputusan-keputusan dalam rumahtangga yang juga terhasil dari kefahaman agama.

indah cantik pada pekerti dan tertib sopan lebih lama bahagianya berbanding indah cantik pada rupa paras.

No comments: