Mar 17, 2012

MENGEJUTKAN!Penemuan Terkini Ujrah PTPTN

BAKI PADA AWAL 2012 = RM 19,472.77. SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN PADA FEB DAN MAC SEBANYAK RM110, BAKI SEMASA = RM19,458.84. TAKKAN SAYA BAYAR RM 110 HANYA TOLAK RM 13.93!!! APA DAH BERLAKU

Merujuk penyata PTPTN,Baki saya pada awal tahun 2012 ialah RM 19 472.77. Dari Januari hingga Februari 2012 saya dikenakan cas ujrah sebanyak RM 44.78. Oleh itu, baki sehingga semasa pada Februari ialah RM 19 517.55. Saya tidak membuat sebarang pembayaran bagi Januari kerana tempoh tersebut merupakan tempoh membuat proses pertukaran dari perjanjian lama kepada sistem ujrah. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku. Selain itu, saya juga dapati sistem pembayaran melalui FPX masih belum aktif. Walaubagaimanapun, pada Februari, saya dapati penyata PTPTN saya sudah dikemaskini dan sistem pembayaran melalui FPX sudah diaktifkan. Saya mula membuat pembayaran sebanyak RM 50 melalui FPX. Beberapa hari kemudian, semakan pada penyata mendapati hanya RM 21.75 ditolak dari baki semasa. Manakala RM 28.25 dimasukkan ke dalam bahagian TAKAFUL. Bagi bulan seterusnya, iaitu Mac, saya buat pembayaran melalui FPX sebanyak RM 60. beberapa hari kemudian, semakan dalam penyata mendapati hanya sebanyak RM 59.35 ditolak manakala RM 0.65 dimasukkan ke dalam bahagian TAKAFUL.baki semasa adalah RM 19,458.84.Persoalan, kenapa bayaran TAKAFUL pada bulan Feb ialah RM 28.25 atau 56.5% dari ansuran manakala pada Mac pula RM0.65 atau 1.15 % dari ansuran. Rahsia lain yang dapat saya bongkarkan ialah walapun jumlah 3% telah dikurangkan kepada 1%, tetapi kita ada bebanan lain iaitu perlu membayaran TAKAFUL. Ini berdasarkan jawapan PTPTN kepada saya seperti berikut:

Setiap peminjam/penerima biaya dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman/pembiayaan. Bagi peminjam/penerima biaya yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman/pembiayaan. Manakala bagi peminjam/penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, caj tambahan bulanan akan didebitkan ke dalam akaun peminjam/ penerima biaya sebagai pinjaman/pembiayaan tambahan.

Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012, syarikat pengendali takaful telah menetapkan jumlah potongan sumbangan takaful bagi Skim Pinjaman/Pembiayaan Pendidikan PTPTN mengikut kelompok tajaan adalah seperti berikut:-


Penerima biaya baru (tajaan 2012 dan ke atas) adalah atas kadar RM0.74 setahun bagi setiap pembiayaan RM1,000.00 dengan mengambil kira jumlah keseluruhan pembiayaan yang diluluskan, tempoh pengajian dan tempoh lazim bayaran balik; dan

Peminjam/penerima biaya sedia ada (tajaan 1997 ¿ 2011) adalah atas kadar RM0.40 setahun bagi setiap pinjaman/pembiayaan RM1,000.00 dengan mengambil kira jumlah keseluruhan pinjaman/pembiayaan yang diluluskan, tempoh pengajian dan tempoh lazim bayaran balik

No comments: