Sep 6, 2010

antara 4% dan 3% kos pentadbiran PTPTN

saya semak semula kontrak perjanjian saya dengan PTPTN bertarikh 11/10/2002.Dalam kontrak tersebut dinyatakan bahawa kos pentadbiran yang dikenakan kepada saya adalah sebanyak 4%.selain itu, di dalam kontrak yang sama turut menyatakan keadeh bayaran balik. diruangan ini jelas menyatakan bahawa saya dikehendaki membayar balik secara ansuran bulanan sebanyak RM 263.24 sahaja selama 120 bulan atau 10 tahun.ini bermakna jumlah bayaran keseluruhan saya adalah RM31588.8(RM263.24 X 120).namun, selepas pengumuman kerajaan supaya kos pentadbiran PTPTN dikurangkan kepada 3%, saya ada menerima surat dari PTPTN bertarikh 15/01/2007 yang bertajuk BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN.surat ini secara ringkasnya memaklumkan kepada saya jadual progresif bayaran balik secara bulanan. secara ringkasnya, bayaran saya bermula pada bulan disember 2006 dan tamat pada november 2021 iaitu selama 15 tahun atau 180 bulan dengan jumlah bayaran keseluruhan adalah RM 33489.60.jadi, saya ingin tanya anda satu soalan yang sangat sukar untuk difikirkan.mana yang lebih membebankan anda untuk bayar RM 31588.8 atau RM 33489.60 kepada PTPTN???

No comments: